TABUNG SAKURA

Wednesday, June 16, 2010

Comel Sangat Ke??

Aku agak emosi ketika ini
Baru sekejap tadi aku buat blogwalking
Merayau merata rata blog sebab sangat bosan
Dan tak tahu kenapa aku menjadi emosi semacam

Ini bukan kes datang bintang di langit ke-7 okay
Ini sebab bahasa yang kononnya semakin advance
Kononnya advance sangatlah bila perkataan dipendek pendekkan
Hello,cikgu korang dulu tak pernah mengajar mengeja ke?

Antara word yang diaorang rasa sangat comel bile dipendekkan:

Siapa = Cpe
Mana = Ane
Suka = Cke
Macam = Cm
Balik = Blek
Sekolah = Skul
Belum = Lom

Banyak lagi sampai aku pun tak tahu apa perkataan sebenarnya
Kononnya bahasa itu bahasa SMS
Elok sangatlah itu guna bahasa macam itu
Baik tak payah belajar cakap kalau cakap macam baby baru nak cakap

Sorry to says laaa
Sebab aku rasa bahasa itu bahasa mengada-ngada
Aku benci orang yang tak tahu memelihara bahasa
Aku boleh lagi terimalah kalau nak mix bahasa melayu dengan inggeris
Tapi kalau orang yang dah besar gajah tapi still cakap macam baby umur 3 tahun
Please stop it!!!

Anda merupakan perosak kepada bahasa ibunda anda!!


2 comments:

cik hazirah said...

maap...tapi kalau mencampur adukkan bahasa ingeris dgn bahasa melayu tuu baek sgt ke?Anda merupakan perosak kepada bahasa ibunda anda!!

sakura lover's said...

sekurang kurangnya ejaan saya mudah untuk dibaca even saya tulis dalam bahasa apa pun..kalau saya perosak bahasa,anda juga perosak bahasa...

SEHATI BERDANSA