TABUNG SAKURA

Wednesday, June 23, 2010

Serius Muka Aku Tetiba Jadi Panas

Huhh!!!! Aku malu,malu,malu,malu,malu dan malu. Adoii macam nak sorok muka kat bawah meja. Sangat memalukan. Terasa nak menangis tiba tiba. Wey ini sedih dah bercampur dengan malu. Alaa macam mane nih. Nak start dari mana pun aku tak tahu.Kejap ek aku tarik nafas panjang [via muka cenggeng].

Okay baru baru ini aku kenal someone. Someone itu semestinyalah lelaki.Azeera,please stop smiling. I know you are read this. Serius aku malu ini. Rasa nak lari lari sambil tutup muka saja. Opss tergedikzzz disitu.hahahahahha.Untuk orang yang selain kawan kawan aku. Aku nak sambung story okay. 

Okay,someone itu memang aku tak kenal langsung. Even dia bagitahu yang dia duduk kat sebelah taman perumahan rumah lama aku.Aku pun layanlah macam biasa.Alaaa aku anggap budak ini macam aku layan si Tfa. hehehehehehe. Agak kesyaitonan disitu. Tapi betul sebab aku suka kawan ramai orang, even tak ramai orang suka kawan dengan aku [via muka 10 sen..eh mahal sangat itu..via muka 1 sen laa].

Tapi aku tak tahulah sawan apa yang sudah menjangkiti budak itu tadi. Ayat ayat dia kat chat fb  itu boleh buat aku gelak sakan sampai terguling guling. Maaf sebab aku tak mampu nak tahan gelak. Azeera,kau mesti tahukan ayat yang dia cakap itu?? Okay fine aku ulang pada public sekarang. Budak itu kata,

"awak,pertama kali saya pandang muka awak,sejuk mata saya. Kalau tengok mata awak mesti awak orang yang sopan dan tak kelam kabut"

Okay semua sila gelak sampai jatuh katil sekarang. Ohhh tidak!!!! Aku tak tahu nak  menyorok celah mana  ini.Sangat sangat mengejutkan.Azeera,sila stop gelak gelak until aku suruh kau gelak lagi.

Dan malam tadi aku online sekejap.Mana tahu si Fara memerlukan aku untuk meluahkan perasaan yang terpendam. I bukan lesbian okay. I sekarang jadi penasihat terunggul untuk masalah chenta bagi ex-ex budak PUO yang menyewa kat Taman Cempaka Sari. Oppss kenapa aku teringat kat tempat tinggal itu. Sudah,sudah,lets back to my story.

Tiba tiba malam tadi budak ini hantar chat kat fb aku. Mungkin sebab line aku yang sengal yang kejap,kejap off dan on. Lepas itu tiba tiba handphone aku bunyi. Cuba teka siapa bagi message.Hah!! Pandai pun! Semestinya dia bagi messange. Dia tanya,

"Awak,awak online ke offline??"
"Laa..saya tengah online laa ni"

Okay dan tiba tiba line aku okay. Dan kami sambung bersembang.[Fuhhh!! ayat ayat aku menjadi terlalu skema dengan tiba tiba]. Dan part ini yang paling aku tak boleh bla dan sangat buat aku tak cukup rasa malu nak cover malu.

"Awak,saya nak cakap sikit ni.Tapi janji tau awak jangan marah tau"
"Okay,janji.."
"Awak kan kalau slim mesti lawa. Awak ada package tau. Lagi awak tinggi lampai"

Dan aku tiba tiba terasa macam model.hahahahahaa.Gila perasan model aku ini. Dan ayat itu buat aku malu sangat. Rasa macam aku nak sorok dalam bantal sekarang. Azeera, okay kau boleh gelak sepuas hati sekarang. Adoii macam mana ni?? Ini harapan ke tauke kilang gula. Please terangkan kat aku sekarang. I need doktor pakar chenta. Fara,help me!!!!

Aku memang nak kurus. Tapi macam mana?? Aku mana ada masa nak sukan setiap petang. Mahu aku tak buat assigment nanti.So pleaselah bagi aku cadangan yang sesuai untuk aku jadi kurus. Mana tahu aku jadi bertambah cantik dan korang mesti gembira dapat kawan yang cantik macam aku nanti.lalalalalalalala [beranganlah kau,azza]



No comments:

SEHATI BERDANSA