TABUNG SAKURA

Tuesday, July 20, 2010

Aku Terkena Virus T

Baru masuk tiga minggu abah dengan mama hantar aku balik ke hutan Segamat. Tapi aku rasa macam semalam jer aku shopping kat Giant dan mama terpaksa habiskan hampir RM 300++ hanya untuk keperluan makanan,sabuan dan barangan yang tak penting untuk aku. hehehe. Sebab tu seronok bawak mama shopping. Tak payah keluar duit kertas. Just keluar sen sen je.hahahaha. Anda dilarang berpelaku seperti ini di alam nyata okay.hahaha.

Dan hampir tiga minggu jugaklah aku belum ada assigment. Eh,adalah. Maaf aku lupa. Aku just dapat assigment untuk Organization Behaviour saja. Tapi aku tak tahu nak buat macam mana. Lecturer suruh cari case study. Case study yang macam mana,tu yang aku tak tahu. Therefore aku ignorekan assigment tu sampai nanti last minute. Okay aku mengaku yang aku last minute person tapi kekadang aku early minute person jugak. hehehe. So that whylah aku rasa yang aku dah terkena virus T.



Virus TIDUR. Okay now I nak annouce that I love to sleep. I love damn much. Pantang aku takda kerja,mesti aku tidur. Kalau aku tidur,mesti aku takda kerja. Kalau sekejap aku membuta takpelah jugak, ini tak. Tidur waktu petang aku boleh belasah sampai tiga jam. Ambik kau! Dah macam orang tak tidur malam gamaknya. Padahal kelas tak full pun. Ntah ntah kalau kelas full,aku tidur terus tak sedar diri. Masa itu my roomates tersayang harus berkejar kejar hantar aku ke Hospital Segamat. Opss I taknak Hospital Segamat. I nak hospital lain la. Hospital Segamat full. I dont like. Hello Cik Azza yang comel dan beautifull, tolong jangan perasan okay. Kau tu siapa nak demand tinggi tinggi?

Virus TIDUR aku sekarang amat kritikal. Setiap kelas yang aku attend mesti aku mengantuk. Ikutkan mata nak ni macam nak kene jahit terus dah. Sangat sangat mengantuk gila babeng. Gila babeng nak tidur dalam kelas. Nak kene halau dengan lecturer,sila buat. Aku taknak kene halau that why I sanggup tahan. Walhal I sangat sangat dan sangat sangap! Nasib handphone baru aku cikai. Kalau tak aku dah snap gambar aku yang mengantuk tahap dewa untuk tatapan semua jiran tetanga.

Kalau aku bagitahu mama dengan abah mampus telinga aku bernanah. That why aku nak you all rahsiakan benda ni okay. Ini adalah rahsia kerajaan aku. hahahaha. Okay hari ke 12 berdiet. Tetiba pulak masuk dietkan. Sebelum korang muntah hijau,baik aku stop. Nak muntah sila ke rumah jiran aku yang lain okay.hahahaha

No comments:

SEHATI BERDANSA