TABUNG SAKURA

Tuesday, July 20, 2010

Di Sekitar Mereka Ada Dia Dan Aku

Aku tak tahu. Aku tak faham. Aku tak mengerti. Aku tak mahu. Kenapa di sekitar mereka mesti ada dia dan aku akan berada di sisi dia. Aku benci. Aku tak merancang. Aku tak suka. Tapi bila aku bukak mereka pasti aku berada di sisi dia. Aku benci memandangnya. Aku tak nak terus terusan dibayangi benda tu. Mungkin ini adalah kebetulan. Kebetulan yang sememangnya tak di rancang tapi hati kecil aku? Apa sebenarnya yang aku rasa? Apa sebenarnya perasaan aku setiap kali terpandangkan dia? Aku tak tahu. Dan kalau boleh aku tak ambik tahu tentang perasaan tu. Sebab kalau aku care sangat tentang rasa tu pasti aku tewas. Air mata jadi terlalu murah untuk dia. Hati jadi terlalu sensitif untuk dia. Dan perjalanan hidup aku akan jadi serba tak menjadi hanya sebab dia.


Aku tak tahu. Aku buntu. Aku kuat tapi aku lemah. Aku diam tapi membebel. Aku sakit tapi senyum. Aku tak suka tapi sayang. Payahnya hidup aku macam ni. Azza,kau kene kuat. Bangun,jalan dan terus berlari. Larilah sejauh mungkin,Azza. Larilah jauh sejauhnya. Jauh daripada bayangan dia. Jauh dari gambar dia. Jauh dari hidup dia. Jauh dari segalanya tentang dia. Bangun Azza. Bangun Azza. Jangan buang masa kau. Dia takda nilai untuk kau lagi. Sedarlah Azza. Jangan difikirkan lagi. Bangun,jalan dan berlarilah dengan senyuman bukan tangisan.

*Aku tak tahu kenapa aku terfikirkan dia.Aku tak tahu.Aku takda jawapan. Aku nak lari jauh dari bayangan dia. Aku yakin aku boleh.

No comments:

SEHATI BERDANSA