TABUNG SAKURA

Monday, August 2, 2010

Cari Ubat Tapi Tak Jumpa

Malam tadi aku selamat sampai ke Segamat. Macam macam story mory yang aku nak share. Tapi aku sangat busy dan malas nak transfer gambar dalam laptop. Nantilah aku story perjalanan aku kat Jb. Pagi Jumaat aku tulis entry dalam blog dalam keadaan sebak. Serius aku sedang bergenang airmata waktu tu. Sangat sedih. Hidup di bumi orang membuatkan aku sikit tertekan.

Dengan nekadnya aku terima pelawaan Che'are. Pergi ke Jb dengan tujuan yang aku sendiri tak pasti. Yang pasti aku mencari ketenangan. Yup,ketenangan. Tapi betul ke aku jumpa dengan ketenangan yang aku cari tu? Entah aku sendiri tak mampu nak jawab.

Kata Fara,aku nampak sangat excited,happy dan bahagia bila berada di Jb. Dan dia suka aku nampak macam tu. Tapi aku. Entahlah. Perasaan aku sangat tenang. Jauh dari masalah. Aku mengaku yang aku gembira. Sebab aku rasa aku dekat dengan dia. Aku mengaku aku harapkan keajaiban. Dan Fara selalu berada disisi aku untuk berdepan dengan keajaiban tu.

Tapi Fara bukan Tuhan. Fara hanya mampu berdoa biar senyuman aku tak mati. Biar hati aku tak layu. Dan aku tahu Fara sangat berharap aku kuat untuk lupakan semua ini. Sedangkan aku,selalu sangat bermain dengan bayang bayang. Mungkin aku lebih selesa begini. Entahlah.


Kat sana aku selalu perhatikan kereta. Kereta Myvi. Nombor plat. Harapan aku tak pernah mati. Aku tahu tu salah tapi aku bahagia. Berderau darah aku melihat sebijik Myvi yang berhuruf plat sama dengan Myvi dia. Tersekat lubang pernafasan aku. Terasa aku perlukan alat bantuan pernafasan sekejap. Bila aku sedar itu bukan milik dia,aku jadi keciwa.

Bila aku terpandangkan bayangan dia kat Larkin Sentral semalam,jantung aku macam kene palu dengan laju. Dada aku berdegup selaju kereta F1. Tapi aku tetap keciwa sebab itu bukan dia. Dan aku tinggalkan Jb dengan 1001 harapan yang tak kesampaian. Harapan yang entah bila akan tertunai.

Maafkan aku masih tak punya jawapan untuk semua soalan.

No comments:

SEHATI BERDANSA