TABUNG SAKURA

Sunday, September 26, 2010

Biar Tak Cukup Makan,Tapi Jangan Tak Cukup Ajar

Mak aku tak pernah pesan untuk buat jahat kat orang. Abah pesan hati hati hidup kat tempat orang. Nenek pesan baik baik kat tempat orang. Atuk pesan makan cukup cukup kat tempat orang. Ex boyfriend aku pesan,hormat orang lain bila berada kat tempat orang. Dan aku ingat semua tu hari ni. Semua aku ingat. Semua aku patuh.

Tapi bila sekarang aku jadi macam ni,aku jadi kaku. Aku tak buat jahat kat orang. Memang mulut aku susah untuk dikawal. Mama cakap jaga hati orang,jangan bermulut laser. Jadi aku create belog untuk membataskan percakapan tu. Aku create belog untuk melepaskan perasaan. Tapi kenapa still ada manusia yang tak mengerti? Kenapa ada orang yang buat jahat pada aku?

Mama,akak tak kacau orang. Sumpah akak cuba buat baik dengan semua orang. Sumpah akak cuba kawal mulut akak. Akak kawal diri akak. Tapi kenapa akak rasa semua ni?Abah,akak sangat hati hati pilih kawan. Akak hati hati nak berkawan. Tapi kenapa diaorang sampai hati buat akak macam ni? Apa dosa akak kat diaorang? Apa salah akak,abah? Nenek kata baik baik kat tempat orang. Akak baik baik nek kat sini. Akak tak kacau orang. Akak tak anaiya orang. Akak tak kacau orang. Akak nak gaduh dengan orang. Tapi kenapa orang tak suka akak? Kenapa orang kacau akak? Atuk,akak cukup makan kat sini. Akak cukup keperluan kat sini.Akak cukup semuanya kat sini.Cuma satu yang akak tak cukup,akak tak cukup tenang nak tinggal kat sini. Kenapa akak tak rasa tenang,atuk? Kenapa akak rasa sesak berada kat sini? Awak,saya hormat semua orang. Saya tak pernah membeza bezakan semua orang. Saya terima semua orang seadanya. Tapi kenapa orang tak hormat saya? Kenapa orang lain tak boleh terima saya dengan seadanya?

Ya Allah. Aku penat. Aku sakit. Aku tak tahan. Sungguh Tuhan. Aku rasa terlalu lemah. Bantu aku Tuhan. Kuatkan aku Ya Allah. Kawal aku. Lindungi aku. Aku semakin lemah. Beri aku kekuatan untuk aku terus berjalan. Tolong aku Tuhan.


*Semoga sabar aku semakin menebal bukannya menepis. Kau semua akan rasa apa yang aku rasa. Cuma itu harapan aku. Biar kau rasa lemahnya aku. Dan semoga aku jadi manusia yang tabah.*

3 comments:

cEro said...

ko mampu bersabar, dah menunjukkan ko dah cukup kuat...

sakura lover's said...

yup,aku setuju. aku hope terus dapat sabar.

sapik runnerzz said...

Tak semua org suka kat kta walaupun kta baik mcm mna pon,...tetap ada yg benci

SEHATI BERDANSA