TABUNG SAKURA

Tuesday, September 7, 2010

Pemilik Kepada Tulang Rusukku

Hari ni aku bosan. Pagi pagi lagi aku bangun. Terus kene kemas rumah. Aku rasa semua kipas kat rumah aku dah berat,so aku ambil tangga. Lap segala habuk yang ada kat kipas. Pehh,kipas je baru tapi banyak giler habuk. Then aku vacum dan buat apa yang patut. Tertengok pulak tv3. Eh,my boyfriend dalam mimpi ada pulak dalam tv. Dan terujanya aku terus baring mengadap tv. Patutkan?? Tengok boyfriend sendiri dalam tv,takpe la. Bukan boyfriend orang lain pun. hahahahahahaa. Siapa boyfriend I yang bertuah tu? Mestilah superhero I. Faizal Tahir. Dia boyfriend I dalam mimpi tau.[Maaf kalau aku tergedik. Tapi sungguh aku giler dengan dia. hahahaha. Jangan jealous na.hahahaa]. Lepas tu kene hantar adik aku pergi klinik pulak. Nasib bulan puasa. So tak ramailah pesakit yang ada kat klinik.[Apa hal pulak aku story pasal aktiviti aku ni? Bukan ada orang nak tahu pon. Malaslah aku nak padam. Siapa nak baca,baca. Siapa tak nak,pergi pangkah belog aku ni.]

Masih ingat kali pertama jatuh cinta? Kali pertama nak tackle orang? Do you still remember when we first time fall in love? Remember that moment?

Berapa ramai antara kita yang masih ingat tentang kenangan yang pertama tu? Mungkin anda akan kerutkan dahi sebagai tanda yang anda sedang cuba untuk mengingat. Bila anda berjaya untuk mengingat,mungkin ada akan tersenyum. Senyum mungkin kenangan anda kelakar. Mungkin juga kenangan itu anda anggap kenangan paling bodoh. Tak kira apa saja yang anda fikirkan. Itu semua pengalaman. Pengalaman yang mengajar erti sebuah perjalanan hidup. Pengalaman guru terbaik untuk jadi orang yang lebih baik. Kalau setuju dengan kata kata saya,sila anggukkan kepala anda sambil senyum dengan pipi yang senget untuk saya.Thanks

Pernah tengok Syurga Cinta. Atuk Shuhada pernah cakap yang jodoh  tu terbahagi kepada tiga. Satu. Jodoh daripada syaitan. Kita berkenalan,berpegangan tangan dan melakukan maksiat. Kemudian si wanita mengandung lalu baru sibuk nak nikah atau sibuk nak planning untuk gugur atau bunuh janin sendiri.Kedua jodoh daripada jin. Kita berdua berkenalan. Hanya bertepuk sebelah tangan. Bila bunyi tepukkan tak padu,kita bomoh dan sihirkan si dia supaya dia suka kat kita.Lalu kita bernikah. Ketiga. Jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan terus menusuk ke kalbu. Si lelaki terus meminang si gadis. Si gadis menerima. Dan lalu kamu menikah. Insyaallah ia berkekalan hingga ke akhir hayat

Umur aku 20 tahun. Agak menipu rasanya kalau aku cakap yang aku tak fikir tentang jodoh. Mustahil untuk tak fikir. Bila single kita rasa hidup lagi seronok. Bila single hidup kita lebih bebas. Bila single hidup kita lebih mudah untuk bergerak. Tapi kadangkala kesibukan mengerjar kekayaan duniawi buat kita gagal mengenal erti sebuah perhubungan atau human touch.Sesetengah dari kita mungkin berpendapat yang wang adalah segala bagi kita. Tanpa duit hidup kita tak kemana. Aku pun mengakui tentang pendapat tu. Tapi sedar tak kita yang duit dan perhubungan perlu jalan selari. Duit tanpa human appriaciate takda makna.

Selama 20 tahun hidup.Aku dah bercouple dengan hampir empat orang lelaki. Banyakkan? Lihat betapa playgirlnya aku. Tu baru yang serius. Belum lagi yang aku kenal. Belum campur yang duduk mengusha aku tapi aku tak layan. Bukan nak menunjuk yang aku hot[hot ke? Eeeei tolong la. Kami tak hot,kami cool.hahahahaha],tapi cuma pelik tak sorang pun yang kekal dengan aku sampai sekarang. Hahahahaha. Sadis sungguh bunyinya. Hahahahaa.

Tapi sampai sekarang aku belum mampu jumpa dengan pemilik kepada tulang rusuk aku. Mungkin pemilik tu dalam proses mempersiapkan diri. Siap sedia menerima aku yang banyak sangat kekurangan. Tapi kekurangan tu adakala menjadi kelebihan kepada aku. Sebab kita adalah sebaik baik kejadian. Aku pun sedang dalam proses untuk menyiapkan diri sendiri agar jadi yang terbaik.


Cinta adalah permulaan jodoh.Cinta aku hanya untuk orang yang benar benar ikhlas mengenali aku bukan untuk dipersendakan. 

*Kenapa aku rasa entry ni macam mengarut. So abaikan jelah. Mana pulak budak budak yang janji nak ajak pergi Jusco ni. Takda khabar berita pun. Kang kalau aku tidur,padan muka aku.hahahahaha*

2 comments:

misz beauty said...

semoga bertemu dengan pemilik tulang rusukmu syg... mudah2an dia adalah yg terbaik untuk awk nnt ;-)

sakura lover's said...

thanks akak

SEHATI BERDANSA