TABUNG SAKURA

Friday, September 24, 2010

Salah Ke Aku Tak Kacau Hidup Orang

Setiap kali aku duduk dalam tempat ni aku rasa sangat tertekan. Pernah satu ketika dulu,aku menerima keburukan mereka. Namun mereka seolah olah tak tahu kemahuan aku yang mahukan mereka berubah. Hari demi hari,semua menjadi terlalu genting buat kami. Dan aku rela membawa hati dan pengharapan yang sia sia. Tapi aku tak pernah berhenti berharap. Setiap hari aku berdoa mereka berubah dan mengotakan janji. Tapi janji yang sekadar janji. Setakat manis dimulut,pahit untuk ditelan.

Bukan tak pernah aku tegur dulu. Bukan tak pernah aku cakap dulu. Aku pernah cakap dengan suara yang sangat lembut. Tapi hampa. Macam curah air atas daun keladi. Tak pun macam curah air atas batu. Aku mula buntu. Belog ni menjadi mangsa. Belog curahan rasa menjadi tembakan. Salah ke aku curah rasa kecewa pada belog? Aku tak punya ramai sahabat. Aku punya belog yang simpan sejuta rahsia. That why aku namakan belog ni secret sakura story. Tapi semua tu disalah ertikan oleh ramai orang. Aku tak kacau orang. Aku buat kerja aku. Tapi aku tahu ada yang tak puas hati. Mereka memperli. Mereka menjemuh. Mereka pandang serong. Jadi semua ni salah aku? Salah mereka,mereka letak dimana?

 5 semestar disini,membuatkan aku semakin tak sukai orang. Ya aku mengaku yang aku tak pandai menjaga hati orang. Apa yang terlintas,itu yang aku ungkapkan. Apa yang aku fikir,itu yang aku keluarkan. Mungkin sebab tu aku dibenci. Mungkin sebab tu aku dihina. Takpelah Azza,Allah Maha Adil. Dia lebih tahu apa ada dalam hati aku. Tak perlu lagi aku menjaja kebaikan diri. Biar Tuhan yang mengetahui semuanya.

Tuhan,airmata ni titis lagi. Betapa Kau menyanyangi aku dengan mengurniakan aku dugaan dugaan ni. Aku redha. Aku terima ujianMu ni. Semoga aku semakin tabah,sabar dalam mengharungi dugaanMu.


*Bila aku tak kacau orang,orang kacau aku. Bila aku diam,orang pijak kepala aku. Bila aku bersuara,orang kata aku kurang ajar. Bila aku menangis takda sorang pun dapat menjawab. Terima Kasih sebab menguji kesabaran aku.*

No comments:

SEHATI BERDANSA