TABUNG SAKURA

Friday, September 24, 2010

Ya Allah Tambahkan Aku Kesabaran

Air mata aku memang nak menitis. Entahlah. Bila kat Segamat ni,aku jadi terlalu tertekan. Aku jadi terlalu stress. Ya Allah,tambahkan tahap kesabaran aku. Lindungi mata,hati,telinga dan anggota badan aku dari aku bersikap keterlaluan. Kuatkan aku. Aku takut aku tak mampu. Aku takut aku tak kuat. Ya Allah,bantu aku.

Seribu satu masalah aku pendam. Seribu satu rasa aku simpan. Seribu satu perasaan aku rasa. Aku tak mampu untuk menipu. Aku tak mampu untuk bercakap. Kita dah dewasa sepatutnya act macam orang dewasa. Kita pelajar universiti sepatutnya act seperti pelajar universiti. Tafsiran aku tak salah. Aku rasa kesabaran aku nipis sangat. Semakin hari semakin nipis. Semakin aku diam semakin dipijak. Ya Allah,tolong putarkan masa dengan laju. Aku tak mahu lagi hidup disini. Aku nak habiskan diploma ni secepat mungkin. Aku nak pergi dari tempat yang bermasalah ni. Putarkan masa dengan laju wahai Tuhan.

Bila mereka bertindak,mereka tak perasan yang tindakan dan kelakuan mereka tu sebenarnya tak selari dengan emosi mereka. Dan mereka hanya melihat kesalahan aku. Sengaja menyalahkan aku bagi menutup kesalahan sendiri. Padahal kesalahan sendiri sudah terang lagi bersuluh namun masing masing membutakan mata demi atas nama 'KAWAN'.Okay fine. Untuk mereka silalah hipokrit. Untuk aku,aku lebih rela jadi jahat dari jadi hipokrit yang tak tahu menghormati manusia lain.


*Muka yang masam,kurang senyuman,garang macam aku mungkin tak layak untuk hidup disini. Tapi salah ke aku berwajah begini? Ini wajah pemberian Allah dan aku bersyukur. Aku tak kacau orang. Tapi orang sibuk nak menyakitkan aku? Salah ke aku begini?*

2 comments:

cEro said...

semakin dewasa, kita akan kenal makin ramai jenis org...
dr kawan yang 'kawan', sampai laa kawan yg 'lawan'..
bersabar, tabah, dan tenang..
kalo ko berjaya harunginya, maka ko dah capai satu tahap kematangan dewasa..

Bukan Cinderella said...

entah la cero..aku pun tak tahu..jauh dari mak,ayah..jauh dari kawan baik..hidup merantau jauh dari semua yang dah biasa dengan aku,buat aku jadi lemah..aku biasa jatuh..aku biasa bangkit,tapi aku takut jatuh dan tak mampu nak bangun nanti..

SEHATI BERDANSA