TABUNG SAKURA

Tuesday, October 19, 2010

Bersyukur Dengan Semua Ini

Salam. Selamat petang. Hari ni aku tak kesorangan lagi. Aku dah ada kawan. Zaiha,pagi pagi buta dah tercenguk depan pintu bilik aku. Punyalah awal dia balik. Pukul 6 suku dah bertolak. Apa dia ingat rumah dia kat Kelantan apa ke. Tak padan rumah kat Tangkak. Kalau aku tak ingin balik awal awal.hahahaha

Hari ni aku nak story tentang kehidupan manusia manusia di sekeliling aku. Banyak benda yang jadi kat diaorang. Sampaikan kekadang ada benda yang aku tak percaya. Betullah apa orang cakapkan. Hidup ini sukar dijangka. Selalu jangkaan kita akan meleset. Jarang sekali hidup kita seperti apa yang kita nak. Kekadang aku rasa hidup macam main catur. Mungkin langkah kita dah betul,tapi langkah orang lain songsang dan beri kesan kat langkah kita.

Aku ada kawan yang aku namakan F (totally bukan nama sebenar). Aku kenal dia sejak semestar pertama. Cuma baru semestar ni kitaorang banyak buat assigement group sama sama. Even tak rapat,tapi aku tahulah sikit sikit tentang dia. Dia pelajar pintar. Dean List every semestar. Insyaallah bakal calon Anugerah Naib Counselor. Siapa sangkakan. Dia berasal dari broken family. Aku memang totally terkejut. Tak sangka. Aku ingatkan dia berasal dari keluarga yang sempurna. Rupanya kebahagian dan kesedihan dia tak siapa tahu. Mungkin dia ada inspirasi sebagai penguat semangat dia untuk terus hidup. Syabas kawan. Aku bangga dengan kau. Semoga kau lebih berjaya.

Aku jugak ada kawan. Kawan ke? Bolehlah kira kawan. Tapi aku rasa ini lebih kepada coursemate or classmates je. Dia aku bagi gelaran B. Muka dia sangat innocent. Sangat suci. Sangat kesian kalau siapa siapa terpandangkan wajah dia kali pertama. Tapi kalau siapa yang dah kenal dia, mesti semua orang nak sumpah seranah dia. Sebab apa? Sebab dia sangat obses pada lelaki. Bila ada lelaki dia akan hidup segar bugar. Dalam hidup dia yang penting cuma lelaki. Mungkin dia akan mati bila takda lelaki. Dia bukan berasal dari keluarga yang satu ke hulur mahupun satu ke hilir. Hidup dia lengkap sebagai sebuah keluarga. Cuma mungkin pengaulan dia yang bebas membuatkan dia jadi seperti itu. Siapa sangka wajah yang innocent tu seorang smoker dan juga pemutar belit setiap kata kata. Biarlah.

Ini baru sebahagian cerita disekeliling aku. Dan ada banyak lagi cerita. Mungkin dari masa ke semasa aku akan cerita untuk dijadikan pengajaran. Aku bersyukur dengan hidup aku. Tangis, gelak tawa menjadi asam garam dalam hidup aku. Baru cukup rencah.


*Malam ni kene mula study untuk paper final. Dah tak boleh nak main main lagi Cik Azza yang comel. Awak kene berusaha untuk terus menaikkan pointer awak. Kata nak tukar ke UTM. Tapi aku masih sayangkan UITM. Macam mana ek? Bagi pendapat sikit.*

No comments:

SEHATI BERDANSA