TABUNG SAKURA

Thursday, October 28, 2010

Mungkin Aku Terlepas Pandang

Bangun pagi pagi. Pagi ke? Nak kata pagi taklah pagi sangat. Tapi pagilah jugak. Bangun, duduk termenung kejap. Tengok nota HR banyak lagi yang tak dihafal. Tiba tiba otak aku jadi sesak. Terus pergi panaskan air. Then pergi mandi. Buat air oligo coco yang tinggal 10 packet. huh! Terseksa hidup nak habiskan oligo coco. Tapi takpelah. Telan jelah wahai tuan puteri. Jangan banyak songeh.

Belum sempat aku baca nota HR,aku bukak laptop dulu. Okay fine.Now dah nak hampir sejam aku online.hehehe. Kan elok kalau waktu ni aku study. Tapi yang sekarang ni aku dok membebel berjela jela apa ke hal? Tak reti penat ke?

Okay,okay. Straight to the point. Aku baca satu blog. Dan aku diam. Yelah,takkan nak baca kuat kuat pulak kan. Aku bacalah diam diam. Aku terfikir tentang sesuatu. Dan aku pernah terfikirkan benda tu dulu. Tapi dulu aku fikir itu hanya fikiran aku saja. Mungkin aku cuma nak menyedapkan hati aku.

Taraf hidup. Mungkin ya tapi mungkin tak. Mungkin aku yang tak sekufu dengan dia. Atau mungkin dia terlalu rendah dia sampai dia rasa dia tak layak. Entahlah. Harta bukan segalanya. Tapi harta diperlukan. Aku belum punya harta yang banyak. Semua ini harta keluarga. Harta mama dan abah. Aku cuma sehelai sepinggang atau mungkin aku tak ada apa apa.

Sekarang dia sudah kaya. Dah punya harta. Ya, harta hak milik dia sendiri. Tapi aku tahu hati dia kosong. Tak perlu diucap. Cukup dengan mata,aku dapat membaca. Gambar boleh menipu,mata kau,kau sorang je yang tahu.


*Baca buku la sayang. Jangan asyik online. Online tak datangkan faedah pada kau. Nak kene tamparan maut ke wahai Cik Azza yang tersayang?*

2 comments:

SEHATI BERDANSA