TABUNG SAKURA

Wednesday, October 27, 2010

Bulan Atau Bintang

Malam ni aku study. Tapi satu benda pun tak masuk dalam kepala otak aku. Mungkin otak aku dah terkeluar dari kepala. Sebab tu aku tak boleh nak buat apa apa. Sunyi bilik memandangkan para para roomates ada paper esok aku. Aku cuma membuat bising dengan batuk. Tu bukan salah aku. Kesihatan aku amat terjejas sikit baru baru ni.

Aku duduk atas katil sambil taip entry ni. Langit kat luar mesti gelapkan? Langit malam sangat indah. Walaupun gelap tapi ianya tetap meriah. Ada bulan ada bintang. Langit yang pada siang nampak cerah tapi seliputi dengan pelbagai corak awan. Hingga ada yang mengatakan awan lebih cantik dari langit. Langit malam,bulan dan bintang. Buat aku teringat masa lalu.

I:"Awak. Antara bulan dengan bintang mana satu pilihan awak?"
A:" Hmm. Kalau saya,saya pilih bintang. Awak pulak?"
I:" Kenapa bintang? Kan bintang malam ni ada satu je kat langit. Kalau saya,saya suka pada bulan. Bulan besar.   Comel je even dia sorang sorang kat dada langit."
A: " Bintang pun comel apa. Memanglah malam ni bintang ada satu. Tapi siapa tahu malam esok ada banyak bintang pulak. Mesti meriah langit."

Itu semua kisah 4 tahun lepas. Bulan dan bintang. Aku dan dia. Aku bintang,dia bulan. Sekarang aku jarang nampak bintang di dada langit. Aku suka bintang. Even bintang banyak tapi sinar cahayanya berlainan. Bintang pun unik. Tapi aku pun suka pada bulan. Bulan besar. Tak pernah hilang walaupun dah pagi. Bentuk dia tak pernah berubah biar pun sudah lama menerangi bumi.

Walaupun aku dan dia dah jauh. Aku berjanji yang aku nak lupakan dia. Tapi kenangan ni semua aku tak mungkin lupa. Kenangan yang tak mampu orang lain miliki. Dah menjadi hak mutlak aku dan dia. Sampai mati. Awak,even malam ni mata kita tak berpandang tepat pada langit malam,tapi saya percaya langit tetap memayungi kita. Semoga bintang dan bulan terus bersinar untuk terangi malam malam kita.


*Untuk apa aku tulis entry ni? Entah aku pun tak pasti. Maaf kalau terasa aku bermain emosi disini. Selamat malam semua*

No comments:

SEHATI BERDANSA