TABUNG SAKURA

Saturday, November 20, 2010

Buta Seni Bukan Buta Bunyi

Hahahaha. Nak gelak guling guling rasanya. Dunia semakin pelik. Manusia semakin tak dapat terima kenyataan. Aku rasa aku boleh gila kalau terus terusan begini.

Aku cakap benda betul tapi ada orang yang tak boleh terima hakikat. Setiap orang punya pandangan berbeza. Dan takda siapa yang boleh menyalahkan setiap pendapat dari orang lain. Mungkin sebab kau orang seni. Orang seni yang hidup segan mati pun segan. Sorry. Bahasa aku kasar. Tapi aku terkejut. Aku cuma menilai dengan membandingkan pengalaman yang aku tahu dulu dengan sekarang. Kalau memang tiada beza takkan aku nak menyanjung kau dengan tinggi. Aku bukan manusia hipokrit. Aku bukan manusia yang hanya tahu bercakap yang manis manis. Aku tak tahu mewarna kata dengan indah. Aku buta tentang seni. Tapi aku masih belum buta tentang bunyi. Kau tetap dengan pendirian kau. Aku tetap dengan pendirian aku.

Entahlah. Golongan seni macam kau selalu menyanjung tinggi si pelatun suara. Kau semua sangat united. Kau menganggap golongan luar yang terkinja kinja dan menjerit jerit tu adalah manusia yang sesat. Manusia yang dipandang hina. Siapa kau yang mahu mengakimi mereka? Adakah kau fikir muzik yang kau sanjung itu sangat suci? Sedar dan kaji semula. Aku bukan lantang bersuara sekadar mengeluarkan pendapat berdasarkan  pengalaman. Ya aku masih muda. Baru berumur 20 tahun. Kau semua tua. Bak kata kau,jangan menilai kalau tak pandai menilai. Sepertinya kau lebih banyak makan garam. Dan aku tak salahkan kau semua.

Cuma bagi aku. Tak semestinya yang rock itu jahat. Tak semestinya yang bersongkok itu baik. Pucuk pangkalnya hati. Biar jahat tapi jangan hipokrit. Biar hodoh tapi jangan kurang ajar. Biar bodoh tapi jangan memandai mandai. Jangan mengukum sebelum menilai. Aku akan terus cuba untuk memahami golongan seni yang kononnya berjiwa suci ini.


*Teremosi sekejap. Sekadar menulis luahan hati. Ada kaitan dengan hidup. Dengan yang mati rasanya macam takda. Maaf kalau ada ayat yang kasar.*

No comments:

SEHATI BERDANSA