TABUNG SAKURA

Saturday, November 20, 2010

Renungan Untuk Diri Sendiri

Aku mula sibuk buka restaurant. Restaurant dalam bahasa mudahnya, kedai makan. Yup, perniagaan kecil kecilan saja. Baru nak diusahakan. hahahahaha. Takkanlah aku buka kedai betul betul. Mesti bank susah nak bagi aku pinjaman. Hutang PTPTN pun belum habis lagi. Ada hati nak tambah hutang.hahaha. Aku busy dengan game cafe world tu. Best jugak kalau layan sesekali.

Tengah sibuk tunggu menu onion soup aku siap masak, aku godam godamlah profile sendiri. Actually aku dah bosan sebenarnya. Tu yang takda benda nak buat sangat. So aku terjumpa something. Something untuk renungan aku. Kalau korang nak renung sama sama aku,jomlah. Tak salah. Sharing information bagus untuk tumbesaran hidup.hahahaha


Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!
Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.
Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.
Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat "memberi".
by Ustaz Hasrizal
 
Tidak lupa juga ingin saya berpesan untuk sekian kalinya, masalah sayang, masalah cinta, masalah rindu adalah masalah jiwa. Kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa. Allah SWT.
Jangan lepas daripada bermunajat kepada-Nya memohon kekuatan. Jika tidak dijawab dalam satu hari, biarlah terus berusaha hatta 100 tahun sekalipun. Doa tetap doa, kerana kita hamba.
Cinta itu harus fikir, fikir itu harus mengunakan akal, akal mampu sihat dengan hanya disirami iman.
Jika Malaysia boleh, anda juga pasti boleh kerana anda rakyat 1 Malaysia! Ahaks... 
Sumber dari:www.iluvislam.com


*Lawa tak blog aku ni? Ada idea tak, macam mana nak hias blog. Takpun bagi link template yang lawa. Link blogger dah update tapi kalau ada yang tertinggal, sila bagitahu.*

No comments:

SEHATI BERDANSA