TABUNG SAKURA

Saturday, November 27, 2010

Melangkah Jauh

Semalam aku baru dapat beli novel. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Mama sebab sudi sponsor duit untuk beli novel novel tu. Thanks kepada Azeera sebab sudi menjadi membership popular and that why aku dapat 25%.hahahaha. Aku sayang kau. Semalam aku angkut tiga bijik novel sekali gus. Sangat teruja dengan semua novel novel. Rasa macam nak angkut semua sekali. Suka, suka, suka sangat!

Malam tadi aku baru je habis baca novel Kau Laksana Bulan. Sangat interesting. Apatah lagi dapat membayangkan heronya. Mahu tak cair. Sangat cair. Aku sengaja membayangkan aku sebagai Anna. Watak heroin novel tu.

Dalam novel tu,Adrianna digambar seorang yang bertudung, baik dan suka menulis. Dia menginginkan lelaki yang berjiwa romantik. Syafik, Razif merupakan kisah silam Anna. Syafik cinta pertama Anna. Razif cinta sejati Anna namun impian untuk bersatu tak menjadi kenyataan. Razif dikahwinkan atas dasar perjanjian perniagaan keluarga. Cerita yang standard untuk anak orang kaya. Firas Ali, lelaki yang tanpa disengajakan hadir dalam hidup Anna. Namun Anna mengambil kesempatan dengan mengabadikan Firas dalam novel terbarunya. Kepincangan langkah itu membuatkan Firas yang menaruh perasaan terhadap Anna mula menjauhkan diri kerana kecil hati dengan sikap Anna. Anna seolah olah baru sedar dari mimpi. Anna baru sedar yang dia sebenarnya menyayangi Firas. Kehadiran Syafik cinta pertama Anna menganggu serba sedikit perjalanan cinta Anna. Anna mula beralih arah apabila Firas terus terusan mendiamkan diri. Namun hubungan mereka dihalang oleh ibu Syafik. Anna mula tak yakin dengan cinta Syafik. Dia mula menjauhkan diri. Eizlan seorang pemuda yang mempunyai dua identity hadir dalam hidup Anna sebagai peminat novel novel Anna. Namun kehadiran Eizlan membuatkan Anna rimas. Kehadiran Eizlan membuatkan hidup Anna dalam ketakutan kerana Eizlan terlalu psycho. Tanpa diduga Firas muncul kembali dan Anna sedia dengan sepenuh hati menerima kehadirannya. Saat mereka mahu mengecap kebahagian, Razif yang kononnya mati, muncul kembali dan mendambakan cinta Adrianna kembali. Namun atas nama cinta, Firas Ali dan Adrianna mampu hidup bersama dan mengecapi kebahagiaan.

Aku kagum dengan Anna. Walaupun dia diapit dengan pelbagai dugaan tapi dia mampu meneruskan perjalanan hidup. Anna mampu memberikan cinta kepada Firas walaupun dia didesak oleh cinta pertamanya, Syafik dan juga cinta sejati yang dah basi, Razif. Cintanya hanya untuk Firas Ali.

Aku mahukan lelaki seperti Firas. Firas Ali, mungkin ke lelaki sebegini masih wujud di Malaysia?


*Masih berbaki dua bijik novel. Mahu meneruskan pembacaan.*

2 comments:

dina diana said...

dina suke novel karangan aina emir...
tapi dah lame tak bc novel dah..

tgk r..nnt ada masa nak smbung balik bc novel tulisan dia..=)

Bukan Cinderella said...

awak kene baca novel ni. best taw..

SEHATI BERDANSA