TABUNG SAKURA

Wednesday, November 3, 2010

Nak Tapi Taknak

Deja vu. Satu perasaan dimana sesuatu yang pernah atau sedang berlaku , dirasakan seperti pernah berlaku pada masa lalu. Aku percaya pada deja vu sebab aku selalu rasa benda ni. Aku masih ingat jiran sebelah rumah aku time tu dia dah sekolah menengah. Dia cakap mimpi tu nanti akan jadi time dah besar. Mungkin ini yang dia maksudkan.

Aku sukakan deja vu. Sebab dia seolah olah kita rasa macam mimpi dalam reality. Kekadang sampai tepuk tepuk pipi sendiri sebab tak percaya.hahahahaha. Tapi ada sesuatu yang menganggu fikiran aku. Benda aku aku selalu berdoa. Ya hampir setiap hari aku doa tentang benda ni. Benda yang aku harap sangat dimakbulkan Tuhan tapi aku taknak ia terjadi. Aku nak tapi aku taknak. Faham tak? Aku memang nak tapi aku rasa macam taknak.

Biarlah benda tu jadi sekadar mimpi. Bukan jadi deja vu. Dan aku rasa benda tu mimpi sebab aku masih ingat mimpi tu even tak berapa nak detail. Takpelah. Itu mimpi. Hopefully.


*Mahu membaca segala policy kerajaan Malaysia. Kenapa ek Malaysia banyak policy? Jenuh kepala aku nak mengingat semua. Esok aku ada paper Economy Malaysia. Doakan aku ek? Terima kasih.*

No comments:

SEHATI BERDANSA