TABUNG SAKURA

Friday, December 24, 2010

Andai Ini Takdirnya

Hari yang indah. Matahari muncul tanpa menyakitkan mata. Sangat menyenangkan untuk aku. Matahari yang cantik. Aku suka melihat matahari terbit pagi. Pemandangan paling indah.

Aku buat keputusan. Keputusan yang drastik. Facebook aku deactivate. Aku lupuskan facebook aku. Dan aku mula terfikir macam mana nak hidup bersosial lagi selepas ini. Macam mana nanti kalau aku bosan mengadap buku buku. Macam mana nanti kalau aku nak ketawa guling guling dengan twins. Macam mana nanti kalau aku sedih dan nak tulis status yang sedih sedih. Macam mana, macam mana dan macam mana nanti.

Entahlah. Aku tak boleh fikir. Sebab utama aku deactivate adalah sebab dia. Ya dia yang pertama. Sejak aku mula melihat facebook dia malam tu dari akaun facebook kawan baik aku, aku mula terasa macam bodoh. Bodoh sebab aku terlalu cepat melayang dan berangan untuk dekat dengan dia. Bodohnya aku sebab masih menaruh rasa yang tak terbalas pada dia. Lagi bodoh bila aku bermimpikan dia. Bodohnya. Menaruh perasaan kepada si dia yang jelas jelas tak mampu menerima kau dengan apa yang ada.

Wahai si perempuan bodoh lagi hodoh. Kau kene ingat sampai mati. Kau bodoh. Kau takda apa yang boleh kau banggakan. Kau takda apa yang boleh kau agung agungkan. Kau jangan jadi bodoh. Jangan jadikan diri kau lagi bodoh bila berdepan dengan manusia macam dia. Yakin pada Tuhan. Akan datang nanti putera yang memang milik kau. Jalan kau masih panjang. Masih jauh. Masih bengkak bengkok. Masih haru biru. Masih banyak lagi yang patut kau kejarkan. Bukan dia yang patut jadi agenda utama untuk kau. Bangun wahai perempuan hodoh, bodoh dan perasan. Bangun. Berjalan. Jangan mudah menoleh kebelakang bila kau jatuh. Jangan lagi kau mengharap dia menghulur tangan waktu kau jatuh. Jangan pernah sekali kau mengharap dia datang pada kau. Jangan pernah.

8 comments:

lumut said...

salam...
yup kisah cinta 7 tahun itu kisah benar....semuanya sudah jadi kenangan...

skrg dah hampir 2 tahun cerita antara aku dan dia itu aku tinggalkan...

kalau kau mahu meluahkan perasaan kau kat aku..mahu berkongsi cerita...
aku ada...

take care....
jgn berperang dengan perasaan..
sebaliknya ajar hati kita utk bersedia...tak semua benda dalam dunia ni kita akan dpt...so bile kite xdpt mende yg kite nak tu la kite kene belajar utk control keadaan...


take care sakura lover.

. F N A . said...

azza ! wake up plzzzz~
jangan macam ni.
kamu kuat !

_nurazeera_ said...

kau kalah dengan perasaan sendiri.

sakura lover's said...

lumut:aku faham kata kau. terima kasih.
fara:terima kasih
zeera:biar aku kalah asal aku tak menipu diri sendiri. biar aku kalah asal aku tak talam bermuka muka. terima kasih

airaniez wirdani said...

Jgn kerana *seorang* itu, kita rasa kita *lemah,kurang & rendah diri*. Sebaiknya kita yg paling kenal diri sendiri bersyukur dengan kebaikan yang kita ada.Be thankful!

sakura lover's said...

airaniez:terima kasih

_nurazeera_ said...

kau ingt ktorg suke ke kau jd mcm ni? bgun la own. bgun. smpi bile nk seksa dri sdri? klu sbb lelaki tu kau nk bnci aku, kau nk kate buruk2 pasal aku, its oke then. ktorg sape kat mata kau kn klu nk dbndgkn dgn lelaki istimewa tu. terima kasih jugak tuk kau. mungkin bg kau persahabatan kt ni ibarat xde mkna klu nk dbndgkn dengn rase syg kau kt dy. ye. aku mmg x memahmi. aku x bole memahami kau mcm yg kau nak. kau fkir la.

sakura lover's said...

zeera:aku tahu.terima kasih

SEHATI BERDANSA