TABUNG SAKURA

Friday, December 24, 2010

Biar Perasan Tapi Jangan Bermuka Talam

Ya, aku perasan. Aku perasan cantik. Aku perasan lawa. Aku perasan kecik. Aku perasan kurus. Aku perasan hot. Aku perasan famous. Aku memang seorang yang perasan.

Maaf bila aku menulis tanpa memberi nama. Bukan niat aku mahu mengaibkan orang. Jauh sekali menegakkan diri. Tapi aku manusia biasa.

Kamu: Kamu baik dengan aku. Kita memang rapat. Tapi aku sendiri tak sangka. Aku tak pernah buat macam itu pada kamu. Aku tak pernah sekali kali berniat macam tu. Tapi bila kamu, kamu buat aku macam ni, aku sangat sedih. Aku tak pernah memandang kosong dengan setiap apa yang kamu pernah sampaikan. Tapi salah ke aku bila aku bertindak macam ini. Kamu tahu aku lemah. Bila aku belajar berjalan, kamu buat aku macam badut. Bila aku mula berlari, kamu mula ketawa berdekah dekah. Mungkin aku bukan kawan yang baik untuk kamu. Aku tak hebat macam kamu semua. Salah ke aku untuk berfikiran hebat. Aku tak pernah marah kamu berkawan dengan siapa. Jauh sekali aku nak beranggap apa apa tentang kawan kamu. Jauh sekali bersikap talam yang bermuka muka. Maafkan aku kalau aku bukan kawan yang sempurna. Aku tak hebat. Aku bukan rumput yang paling cantik. Jauh sekali untuk aku jadi apple di pokok yang tinggi. Aku cuma manusia yang biasa. Dan mungkin aku tak tahu bermain dengan kamu semua.

Kamu: Aku tak pernah berniat apa apa semasa berkawan dengan kamu. Kamu denga aku sangat jauh beza. Kamu tak pernah kenal aku sebenarnya. Kita jauh berbeza. Tapi aku tak pernah melihat perbezaan. Aku rasakan perbezaa itu satu yang unik. Ramai orang beranggapan kita kawan atas dasar pengalaman. Kita kawan sebab nak melayan kedukaan. Kita kawan sebab berkongsi perasaan. Orang boleh kata apa yang mereka kata dan kamu boleh anggap apa apa yang kamu mahu. Tapi aku niat ikhlas. Aku tak pernah curiga dengan kamu walau orang lain mencurigai tentang kita. Bagi aku biarlah. Kita takkan terus mati dek keji dan takkan terus tinggi dek puji.

Kamu: Ya, aku sayang kamu sekarang. Aku sayang kamu. Tapi aku melihat dunia dengan lebih global. Dan aku rasa kita tak mungkin bersama. Biar orang salah menilai. Biar orang salah menafsir. Tapi aku tahu apa dalam hati aku. Terima kasih sebab kamu selalu memberi semangat.

Kamu: Kita rapat. Tapi kita tak mungkin bersama.

Kamu: Kita macam belangkas. Kita pernah mencuba. Tapi cubaan itu gagal. Maaf. Mungkin kita memang takkan bersama.

Kamu: Kamu pernah kata kamu suka aku. Kamu pernah mahu menganti tempat dia. Jauh kita berjalan. Tapi aku rasa aku belum mampu ganti tempat dia dihati kamu. Terima kasih atas kenalan ini.

Kamu: Aku terpaksa tinggalkan kamu. Kita bersama tapi banyak dosa yang terjadi. Aku takut aku lemas dalam dosa. Biar tak ada siapa tahu tentang dosa itu. Biar mulut orang berkata tentang semua antara kita. Aku tak takut. Bukankah Tuhan mahukan kita berubah. Terima kasih kamu.

Kamu: Tahniah sebab kamu dapat dia kembali. Aku tahu kamu berhak untuk dia.

Kamu: All the best. Ini yang terbaik untuk aku. Kita teruskan hidup okay. Thanks kamu.

Kamu: Terima kasih atas kata kata di situ. Kamu menulis dengan harapan aku tak dapat membaca. Tapi kamu silap. Aku masih mampu membaca. Jika benar kamu kawan aku, kamu tak mungkin berkata begitu. Sebab aku tak pernah menulis begitu di tempat yang terlalu ramai manusia yang mengenali aku. Aku tak sangka. Tapi terima kasih atas kata kata itu.

No comments:

SEHATI BERDANSA