TABUNG SAKURA

Tuesday, December 28, 2010

Ini Hati

Hai blog. Jarang aku update seawal ini. Jarang untuk aku celik seawal. Jarang untuk aku kacau untuk seawal ini. Sangat awal. Aku tak mampu untuk tidur. Hati ini. Entahlah. Macam macam ada dalam hati ini.

Hari ini aku didatangi dengan pelbagai amarah. Cemuhan. Kesakitan. Kesedihan. Aku cuba mencari kekuatan. Cuba cari mana silapnya aku. Aku jumpa. Aku perbaiki. Aku cuba mengenal dan memahami. Aku cuba jalan seiring bersama. Aku cuba memberi yang terbaik walhal aku sangat menyusahkan. Terima Kasih.

Mungkin aku manusia yang mudah memaafkan. Namun aku bukan manusia yang mudah untuk melupakan. Bagi la aku tempoh seberapa panjang. Aku tetap sukar untuk melupakan. Orang tak melalui apa yang aku lalui. Malah blog ini juga tak tahu apa yang aku lalui. Blog cuma 30 percent daripada hati aku. Yang selebihnya tetap ada dalam hati aku.

Saat orang kata aku meninggi diri, aku tertanya tanya mana yang tinggi. Saat orang kata aku perasan, aku tertanya tanya mana salah ke perasan untuk memotivasikan diri. Saat orang kata siapa dia nak berkata tentang orang yang paling istimewa dalam hati aku, aku tertanya tanya inikah harga yang perlu aku bayar. Saat orang kata aku terlalu excited sebab kononnya ramai lelaki yang jadi kawan aku, aku tertanya tanya salah ke aku berkawan tanpa bermusuh. Saat aku jatuh, mungkin kau kata kau ada disisi. Saat aku harungi malam malam dengan airmata, mungkin kau akan kata aku terlalu ikut perasaan. Dan mungkin bila kau membaca blog ini kau akan kata annoying sungguh aku ini. Seolah olah aku berlagak aku bagus.

Katalah apa saja yang terlintas. Cakaplah segalanya apa yang kau simpan dalam hati. Aku halalkan setiap patah kata kata dibelakang aku. Memang kau rasa blog aku seolah menampakkan aku cuba untuk berlagak bagus. Aku seolah olah act yang sangat memahami semua orang. Aku seolah olah hebat. Atau mungkin ada yang nak kata aku sentiasa betul tentang perasaan aku. Katalah. Cakaplah.

Kalau aku salah tentang perasaan aku. Dan kau yang betul tentang hati dan perasaan aku. Aku terasa sangat terkilan. Cuba letakan diri kau di tempat aku. Tak pun kau fikir dengan teliti dengan apa yang kau lalui sebelum ini. Aku rasa dah buat yang terbaik untuk kau. Aku bagi ruang untuk kau bernafas. Aku tak pernah memaksa bila aku tertanya tanya apa yang terjadi. Saat tidur aku diganggu sikit pun aku tak pernah rasa terganggu. Aku pernah kata dulu. Ini dia yang dinamakan kawan. Kawan mana yang tak menyusahkan kawan.

Mungkin ada betul kata Sis Tfa. Mungkin orang lebih suka melihat senyuman kita dari melihat hati kita. Mungkin dengan membuat orang lain senyum, ketawa menjadi ubat kepada kesedihan kita. Mungkin orang beranggap yang kita sentiasa happy tanpa memikirkan apa ada dalam hati kita. Sungguh dia pelakon paling hebat yang aku kenal. Sentiasa dengan senyuman. Sentiasa dengan gurauan untuk menghiburkan hati setiap kawan. Itu sangat buat aku kagum.

Aku cuba. Cuba untuk jadi seperti itu. Mungkin hipokrit itu ditentang oleh ramai orang. Tapi kekadang kala kita terpaksa menjadi hipokrit untuk menjaga hati ramai orang. Dan aku sedang mencuba kearah itu.


Mungkin hutan itu adalah jawapan terbaik untuk perasaan ini. Mungkin hutan yang hijau lebih memahami hati ini. Aku sedang memuaskan hati orang. Aku dah on kan. Semoga dengan itu semua orang puas. Tapi aku private untuk semua. Aku tahu ia akan kembali pulih. Tapi mungkin susah untuk kembali macam dulu itu. Apa yang aku fikirkan cuma, "aku tak sangka. rupa ini..."

Ini cuma 30 peratus yang ada dalam hati aku untuk waktu ini. Blog aku sangat heavy dengan perasaan aku. Dan sebab itu blog ini aku cipta. Aku bukan jual rupa atau mengejar rating. This is my own way. Maaf kalau ini menyakitkan ramai orang lain dan banyak hati.

No comments:

SEHATI BERDANSA