TABUNG SAKURA

Friday, December 17, 2010

Terakhir Lebih Baik

Ramai orang yang nak jadi yang pertama. Untuk mereka yang pertama adalah lebih hebat. Macam apa kata orang, first come first serve. Jadi ramai orang yang akan berlumba lumba nak jadi yang pertama. Tapi bagi aku bukan macam tu. Bagi aku yang terakhir adalah paling terbaik.

Kenapa aku memilih untuk jadi yang terakhir. Sebabnya mudah. Aku tak perlu nak bersaing bagai nak giler untuk jadi yang pertama. Ini bukan bermakna yang aku tak sukakan persaingan. Siapa kata untuk jadi yang terakhir tak ada persaingan atau tak ada cabaran. Cabaran dan persaingannya ada kala lebih banyak dari jadi yang pertama tau.

Sebagai contoh [hopefully cikgu BM aku berbangga dengan ayat ini.hahahaha] dalam soal cinta cintun. Masing masing berebut nak jadi yang pertama. Kononnya first touch itu adalah suci. Tapi sejauh mana kesucian itu? Berapa banyak cinta pertama mampu bertahan sampai ke akhir hayat? Bagi aku untuk apa jadi yang bertama tapi tak mampu untuk jadi yang terakhir. Jadi terakhir adalah lebih hebat dari jadi yang pertama sebab ia akan terus berkekalan sampai mati. Jangan terlalu bangga dengan melaungkan  kehebatan sebagai yang pertama. Tapi banggalah kalau anda bisa jadi yang terakhir sebab anda adalah juara di akhir garisan. Anda yang mampu buat si dia tidak berpaling kepada orang lain lagi. Itu adalah juara yang sebenar.

Aku mungkin bukan pertama untuk dia tegur. Aku bukan pertama untuk dia ingat. Tapi aku akan pastikan aku yang berakhir untuk dia sebelum dia pergi. Dan aku pasti dia tetap ingat aku even dia tak ada selalu. Siapa dia. Itu rahsia. Banyak sangat dia dalam blog aku. Jadi jangan salah memilih.


*Aku sangat seronok hari ini. Even untuk 3 minit sahaja. Thanks. Semakin malam semakin handsome pulak Zul Huzaimy dalam Mari Menari. Tahu tak. Dia senyum tersengeh sambil komen buat aku cair gila gila. Tahu tak aku suka tengok dia senyum. Aku pun tersenyum sekali even kekadang dalam mood yang tak best. Okay itu out of story. Panjang pulak aku membebel.*

2 comments:

kisah aku said...

harap2 zul huzaimi adalah org terakhir u tgk b4 tdo hehehehe..

ye! TERAKHIR....

Bukan Cinderella said...

hopefully macam tu..tapi takut isteri dia marah pulak..hahaha

SEHATI BERDANSA