TABUNG SAKURA

Monday, December 20, 2010

Kalau Boleh Nak Cakap Hari Ni

Puisi. Atau entry ini aku curik dari blog Fida Aishah. Aku tertarik dengan tulisan tulisan dia. Aku tak kenal dia. Tapi aku suka penulisan dia.

Ini sekadar berkongsi persamaan rasa.

Katakan Kamu Cinta Padanya Hari Ini


Andai kita punya cinta
bagaimana kita mahu meletakkan ia
atas tinggi amat puncak rasa
atau hanya tersimpan dalam hati tanpa suara
masih sedih dalam diri, cinta kamu simpan tanpa bicara


Mahu kamu berkata cinta padanya
tapi matanya buatkan kamu malu dalam suka
kamu mahu bisikkan padanya bahagia
tapi cinta kamu tiada siapa mahu memandang akan ia
dan kamu amat kecil hati, bagai tari yang hilang seni
tiada kuasa dapat kosongkan hampa yang bersemi



Kamu simpan kuat doa buatnya
agar matanya memandang akan hati baik yang satu
agar dia tahu kamu manusia yang amat dambakan rindu
dengan memandangnya kamu tahu dia syurga dirimu
tiada angin yang bertiup pada belai kamu sendiri
serulah padanya, kamu sayang bagaikan mentari
katakan padanya, dia abadi cintamu sejati
katakan padanya hari ini, atau kamu akan menangis lagi.


*Kalau boleh memang aku nak ucap. Tapi aku tak mampu. Takpelah. Life must go on. Menulis sekadar menyedapkan hati.*


No comments:

SEHATI BERDANSA