TABUNG SAKURA

Sunday, December 19, 2010

Terima Kasih Atas Pujian Dan Kritikan

Actually dah niat tadi memang taknak update. Sebab hari ni perasaan aku biasa biasa saja. Nothing special untuk aku tulis. Hari yang sangat sederhana. Tapi aku tergerak nak tulis tentang benda ini. Aku dah lama simpan. Dan mula mula aku memang tak nak komen. Sebab aku tahu siapa lah aku yang perasan comel. Berangan jadi model. Memang pakej perempuan perasan la kiranya.

Ada orang kata penulisan blog aku semakin baik. Ada orang kata penulisan blog aku menusuk sampai ke dalam kalbu. Kata orang aku pandai bermain dengan setiap patah perkataan. Itu kata kata yang baik. Mendengar pujian yang baik memang seronok kan? Tapi jangan anggap aku tak pernah terima kritikan. Aku pernah ingat untuk menulis dalam english. Tapi memang worst giler tahap budak darjah 3. Siap kene tutor supaya betulkan  grammer lagi. Yang tak puas hati pun ada jugak. Yang sakit hati lagilah ramai. Kalau fikir fikir balik aku memang nak quit je menulis blog ini. Tapi lama kelamaan aku fikir. Nak buat apa dengar sangat cakap orang. Just buat je ikut suka. Orang suka atau tak, jangan hirau.

Aku sebenarnya pernah tersilap langkah sampai sekarang benda tu effect blog aku. Aku tak pernah memelihara blog aku. Means aku tak pernah letakkan copyright untuk blog ini. Lagi satu, aku tulis memang ikut hati. Aku tak pandai tulis cover line. So ramai orang yang tahu aku ada blog, ambil kesempatan atas blog aku dan ada yang tersinggung dengan tulisan tulisan aku. Aku memang tak pandai jaga tulisan aku. Sekarang bila aku dah mula kenal ramai blogger, aku mula sedar tentang itu. Aku seboleh mungkin menjaga hati ramai orang. Tapi aku tak boleh terus terusan berlakon sampai hati sendiri sakit. Sorry okay. Memang sorry terlalu senang untuk diucap. Tapi takda kata selain sorry atau mintak maaf bagi menuntut kemaafan. Itu adalah kata kata paling indah bagi memohon kemaafan.

Aku tahu tak semua suka dengan aku. Bahkan aku sendiri pun tak suka dengan semua orang. So its fair la. Cuma aku mohon kenali aku sebelum memandang aku tanpa dua bijik mata. Aku memang tak layak duduk sebaris blogger blogger hebat. Aku masih belajar. Aku belajar dari pengalaman. Pengalaman guru terbaik untuk aku. Untuk yang tahu dan kenali aku dari awal penubuhan blog ini, terima kasih atas sokongan. Dan aku tahu kau orang tahu tentang hidup aku even kita tak pernah bertemu. Terima kasih kerana sudi pinjamkan mata untuk blog yang comot ini. Aku hargai semua pujian dan kritikan. Aku sedar aku bukan blogger yang hebat.

2 comments:

nora said...

aku akan cuba kenal ko
memandang ko dgn dua bijik mata.
ok tak

sakura lover's said...

terima kasih nora...hehe

SEHATI BERDANSA