TABUNG SAKURA

Wednesday, December 29, 2010

Macam Pelik

Semalam sehari suntuk aku tak online. Macam pelik je kan. Yelah aku kan selalu mengadap laptop setiap satu saat. Laptop ibarat udara untuk aku. hahahaha.

Semalam sehari suntuk aku habiskan baca novel Jika Bukan Kerana Bintang. Sehari suntuk aku baca. Bayangkan aku beli novel itu hari Ahad tapi sampai hari Selasa semalam aku baru habis baca. Sangat lama bukan? Padahal bukan tebal mana pun novel tu. Taraf novel standard je. Sangat membazir masa sebab terlalu banyak masa aku luangkan. Tahu tak selama ni aku hanya baca sebuah novel selama satu malam saja. Wow ini sangat pelik  untuk aku. Tapi serius novel tu best. Sangat suka kepada kata kata ini.

"Jangan pandang bawah. Pandanglah ke bintang. Jika bukan kerana bintang, aku takkan pergi sejauh ini..."

Tadi baru check nombor bilik untuk semestar depan. Sektor lain dah lama tahu nombor bilik. Tapi sektor aku baru je tahu. Takpelah. Biar lambat asalkan dapat bilik. hahahahaha. Aku dapat stay bilik lama. Perasaan? Of course sangat seronok. Dengan keputusan result final exam yang macam hidup segan mati taknak tu, aku sangat bersyukur sebab dapat bilik lama. Tak larat rasanya kene daki tingkat tingkat atas yang penuh dengan sisa buangan burung. Itu sangat menyeksakan. Semoga dapat roomates yang baru. Wahh harapan kau besar sungguh wahai perempuan gila. Kau ingat kau kerja kat UPK ke sampai nak harap macam tu. Takpe. Harapan itu penting kan? Jadi aku sangat berharap.


*Macam mana nak kurangkan barang untuk bawak masuk hutan tu ek? Serabut aku packing ni. Dah macam nak pindah rumah lagi je aku ni*

No comments:

SEHATI BERDANSA