TABUNG SAKURA

Thursday, December 30, 2010

Hutan Tebal

Tinggal lagi sehari duduk rumah. Tinggal lagi sehari nak makan masakan mama. Tinggal sehari lagi nak buat abah membebel. Tinggal sehari lagi nak buat muka comel yang kononnya boleh mintak duit gaji abang tapi macam takda harapan je sebab dia dah dapat saman dari PTPTN. Mimpilah kalau dia nak bagi aku duit.hahaha. Tinggal sehari lagi nak paksa paksa adik buat kerja untuk aku. Tinggal sehari lagi nak main main dengan kucing kucing waktu masak. Tinggal sehari je lagi nak tidur membuta waktu tengah hari lama lama. Alahai. Cuma sehari je lagi.

Semalam Malaysia menang piala AFF Suzuki. Dah memasang angan angan dah sebelum menang lagi. Sebab kalau menang mesti PM bagi cuti. Ambik kau. Cuti esok. Ala kenapalah esok yang cuti. Kenapa tak hari Isnin ke. Kenapa tak tambah cuti untuk student terutama sekali aku [point takda berkaitan.hahaha]. Kenapalah PM tu bukan NC UITM.

Beg baju aku dah kemas. Beg lain aku tak kemas. Aku tak tahu nak bawak apa. Kalau boleh aku nak minimumkan barang untuk semestar ini. Nanti akhir semestar tak payahlah pening kepala otak aku nak kemas. Malasnya nak fikir nak bawak apa. Memang hope dapat bilik lama. Tak larat nak daki tangga batu lagi. Letih. Faham tak penat nak daki sambil angkut barang yang banyak banyak.

Nnati kalau kat sana, aku mesti jarang online. Jarang bukak blog. Jarang update blog. Jarang bebel kat blog. Jarang main Cityville. Jarang masak kat Cafe World. Alahai. Lagipun berukband aku sangat baik sebab dia sangat suka menguji kesabaran aku. Alaaa. Rindunya nanti.

Study hard tapi kene smart. No more main main lagi okay. Cukup main 5 semestar.Time to study.

*Bila mahu beli barangan makanan dengan toilet nih pulak. Alahai. Duit lagi. Takda yang free ke hah? Ingat aku jutawan ke. Asyik tambah hutang je. Benci betul!*

No comments:

SEHATI BERDANSA