TABUNG SAKURA

Wednesday, December 22, 2010

Mahu Berskandal Lagi

Harini sangat bosan. Ingat mahu keluar dengan someone. Tapi dia kene pergi IJN. Okaylah. Aku mengalah. Lagipun kami bukan ada apa apa. Aku suka dia. Aku sayang dia. Bukan maknanya aku menaruh harapan untuk ada apa apa dengan dia. Cuma sebagai kawan. Dan aku rasa selagi tak melebih limit, selagi itu masih boleh diteruskan bukan?

Lagipun semalam dah sehari suntuk aku keluar dengan BFF aku. So sila jangan budget aku seperti anak Gabenor bank negara okay. Semalam ada mama just bagi RM100 untuk beli segala barang barang untuk naik sem. Bunyi macam aku rajin giler nak mampos shopping kan? Tapi takda maknanya. Aku terpaksa shopping every awal sem. Terpaksa beli kasut untuk ke kelas. Dalam satu sem selalunya untuk kasut aku terpaksa belanjakan dalam RM200. Bukan sebab cari jenama yang branded. Tapi kekadang aku terpaksa bertukar kasut setiap sebulan. Bentuk muka bumi kampus yang berbukit dan bertangga batu yang banyak memang banyak menghancurkan jenama yang mahal mahal. Jadi aku harus membantu meningkatkan pendapatan golongan usahawan di Malaysia.

Untuk baju atau seluar mahupun jeans aku tak berapa nak kisah sangat. Aku tak terlalu obses dengan itu. Asal ada itu sudah cukup. Selagi mana boleh dipakai selagi itu dia perlu berkhidmat. Jadi untuk tinggal lagi satu sem ini, aku rasa baju baju dan seluar seluar aku sudah cukup. Dan aku tak memerlukan sangat benda benda itu. Aku memang perosak fesyen dan buta fesyen. Itu kenyataan.

Dari aku beli baju untuk memenuhkan almari baik aku beli novel untuk memenuhkan laci. Aku sangat ketagih untuk beli novel. Kalau masuk Popular takpun MPH ataupun mana mana kedai buku, aku rasa aku nak bolot semua buku buku yang ada. Aku nak baca semua. Aku suka sangat buku [ayat budget macam kau kanak kanak riang yang suka buku dan kau adalah budak yang paling pandai!]. Kalaulah aku ada pakwe, dia tak payah nak susah sangat fikir nak bagi present apa kat aku. Bawak je aku pergi kedai buku. Bagi aku pilih mana buku yang aku nak dan tolong bayarkan. Itu saja. Semudah ABC kan? Alahai novel kenapalah kau  mahal sangat. Kalau kau murahkan mesti aku boleh beli kau banyak banyak. Jadi nanti kau tak payahlah panggil panggil nama aku kat kedai buku. Faham tak batin aku terseksa.


*Tetiba berangan nak ada skandal dengan anak tauke kedai buku. Mesti boleh dapat buku free setiap bulan. Sebulan sekali, takkan terjejas punya business dia.hahahaha*

No comments:

SEHATI BERDANSA