TABUNG SAKURA

Tuesday, December 7, 2010

Makan Dek Sumpah

Alhamdulilah. Hari ini dah masuk 1 Muharram. Tahun baru Islam. Aku sekarang ada kat Melaka sejak semalam sempena cuti sekolah. Melaka. Bandar bersejarah. Bandar maju.

Tapi bagi aku, aku dah bosan dengan bandar ini. Bukan sempena cuti saja aku berada di sini. Kalau di Segamat, Melaka juga yang aku akan aku tuju bila aku tension. Melaka. Melaka. Melaka. Dan Melaka. 1001 rahsia ada kat Melaka. Rahsia setahun yang dulu. Dua tahun yang dulu. Tiga tahun yang dulu. Kisah yang dulu dulu.

Entah kenapa aku dah takda selera dengan Melaka. Aku rasa Melaka yang sesak ni, semakin kosong. Kosong. Aku rasa kosong. Lampu yang berwarna warni. Manusia yang bermacam ragam. Tempat yang menarik. Semua tu tak menarik minat aku. Aku tak bawa pun kamera aku.Langsung aku tak keluarkan kamera phone. Aku tak berminat. Semua yang aku pandang jadi kosong.

Mungkin Tuhan dah tarik semua nikmati. Mungkin Tuhan dah matikan keinginan aku. Mungkin doa telah dimakbulkan Tuhan. Sekarang semua jadi kosong.


*Otak aku asyik bermain sesuatu. Aku tak tahu kenapa aku fikirkannya. Aku tak tahu kenapa. Entahlah. Tak tahu.*

No comments:

SEHATI BERDANSA