TABUNG SAKURA

Saturday, December 4, 2010

Mata Manusia Lain Lain

Mungkin di mata aku, kau perempuan yang hebat. Di mata aku, kau milik segala yang kau mahu. Di mata aku, kau begitu sempurna. Semua itu di mata aku. Ya aku tak layak menilai kau. Siapa aku nak menilai. Aku hanya manusia biasa.

Entahlah. Dalam bayangan aku, kau miliki kesempurnaan yang tak aku miliki. Dalam bayangan aku, kau punyai kebahagiaan yang aku belum miliki. Tapi jangkaan aku meleset. Kau bukan seperti yang aku jangkakan. Hidup kau tak indah. Tapi aku tahu kau sentiasa cuba untuk mengindahkan. Aku bangga dengan keindahan yang kau telah ciptakan. Kau perempuan yang hebat. Hebat.

Tuhan. Bagilah dia kebahagiaan ke jalan yang lurus. Bimbinglah dia.

No comments:

SEHATI BERDANSA