TABUNG SAKURA

Thursday, December 2, 2010

Memang Benci Tahap Maksimum

Aku. Aku bukan puteri. Aku bukan anak raja. Aku bukan orang kaya. Jauh sekali aku bukan anak jutawan. Hidup aku tak mudah. Hidup aku tak senang. Setiap orang mentafsirkan hidup yang senang dan mewah adalah hidup dengan jutaan duit duit. Mungkin mereka akan berkata segala galanya memerlukan duit sampaikan nak masuk toilet awam pun kene guna duit. Duit sangat pentingkan. Aku tak kata statement tu salah. Ya duit sangat penting. Sebagai manusia duit sangat kita perlukan. Setua mana pun kita, kita tetap perlukan duit.

Tapi bagi aku apalah gunanya duit berjuta juta dalam poket, dalam bank kalau hidup kita tak bahagia. Bahagia itu mahal. Mahal sampai tak mampu kita beli dengan duit. Duit yang berjuta masih belum mampu untuk kita beli kebahagiaan, senyuman yang ikhlas dan kegembiraan yang hakiki. Takda seorang jutawan pun yang mampu miliki kebahagiaan. Tapi seorang yang miskin kadangkala mampu miliki kebahagiaan. Itu ajaibnya sebuat kebahagiaan. Tak semua orang mampu miliki. Hanya yang bertuah saja mampu miliki.

Aku bukan mahu menghukum. Tapi aku melihat. Melihat sesuatu yang tak patut dilakukan. Aku masih belum mampu mecegah dengan mulut atau perbuatan. Aku hanya mampu mencegah dengan hati. Tuhan, aku tahu Kau melihat. Aku tahu Kau tahu mengapa aku tak mampu lakukan. Memang. Memang aku benci dia. Memang. Memang aku marah dekat dia. Marah, benci adalah perangai syaitan. Aku tahu. Tapi mereka lebih teruk dari itu. Aku tak tahu mana nak mula. Aku tak tahu mana nak cakap.

Kalau aku cerita. Ia akan mengaibkan aku. Benda yang takda siapa nak percaya. Mungkin akan ada yang kata aku tak kenang budi. Tak sedar dek untung. Tapi jujur aku cakap. Bayangkan kalau orang lain ada di tempat aku. Adakah perasaan sayang yang akan timbul. Ya Tuhan. Aku masih belum mampu melihat hikmah semua ini. Tapi aku pinta satu sahaja. Dengan kekuasaan Kau yang Maha Kaya dan Maha Hebat, aku mohon Kau bongkarkan semua ini. Bongkarkan Ya Tuhan. Aku rayu padaMu. Kau Bongkarkanlah. Demi sebuah kejujuran. Antara kejahatan dan kebahagian. Antara haram dan halal. Aku rayu agar Kau bongkarkanlah.

No comments:

SEHATI BERDANSA