TABUNG SAKURA

Wednesday, December 1, 2010

Prasangka Baik Tapi Tetap Buruk

Tadi. Ada sebijik kereta Estima lalu depan rumah aku. Pemandu. Pakai baju colour biru. Rambut beruban. Aku seakan tahu siapa dia. Apa yang dia mahu. Selama ni aku cuba banyak kali. Banyak kali untuk aku cuba berprasangka yang baik baik. Aku taknak jadi manusia yang tahu dek untung.

Tapi setiap kali aku berprasangka baik. Aku tetap sangka yang buruk. Aku bukan jenis yang suka menuduh atau membenci manusia lain tanpa sebab. Tapi dengan dia, aku jadi sangat sangat benci. Serius. Rambut dia beruban. Muka dia. Sumpah buat aku nak muntah. Muka seorang yang gatal. Entah entah itu muka yang ketandusan kasih sayang. Kasih sayang yang tak cukup waktu malam. Apalah nasib wanita yang kahwin dengan kau tu hah.Maaf. Aku tak tahu sampai bila. Aku tak tahu berapa lama lagi. Aku semakin loya dengan segala ucapan mahupun tindak tanduk kau yang bagaikan manusia yang tak layak jadi manusia. Maaf sekali lagi.

Kalaulah aku seorang lelaki, pasti aku mahu berdepan dengan dia dengan apa cara sekali pun. Aku muak. Aku geli. Aku loya. Aku rasa nak humban muka dia depan kubur mak ayah dia. Biar mak ayah dia tahu betapa sia sia membesarkan dia. Mungkin airmata mak ayah dia mampu buat dia jadi anak yang baik. Tapi itu pun kalau mampu. Aku rasa panas sangat hati. Sumpah aku benci dia. Sampai mati aku tetap ingat segala perbuatan dia. Sampai mati aku ingat segalanya. Sampai mati.

Ya Tuhan. Ini cubaan untuk aku kan. Aku percaya yang Kau tidakkan menguji seseorang sekiranya seseorang itu tak berdaya mengharunginya kan.Aku takut Ya Tuhan. Aku takut aku tak mampu. Kuatkan aku Tuhan. Aku tahu Tuhan tak suka manusia yang tak memaafkan manusia lain. Tapi aku tetap tak boleh. Aku tetap tak mampu. Memang Nabi maafkan umatnya. Tapi aku bukan Nabi. Aku manusia yang lemah. Aku tak mampu nak maafkan perbuatan itu. Aku benci dia. Sungguh.

4 comments:

dila said...

spe own?..bnci btol nie..

Bukan Cinderella said...

kau tak kenal dia..sumpah aku benci giler dengan dia..sampai mati aku benci..

cEro said...

marah btol ko ek??
takpe laa, buat laa ape yg rase patut!

Bukan Cinderella said...

cero:aku mmg marah..kau akan rasa benda yg sama kalau kau rasa benda ni..trust me..tp aku je yg rasa..

SEHATI BERDANSA