TABUNG SAKURA

Tuesday, January 18, 2011

Aku Bukan Ana Raffali

Tajuk macam mintak pelempang.hahahaa. Untuk yang kesekian kalinya. Kepala aku masih lagi migrain. Untuk minggu ini aku rasa setiap hari aku akan kene migrain. Kepala aku macam kene palu dan kene ketuk. Sakit sangat. Aku tak tahu sebab aku.

Nak kata sebab pencahayaan, aku rasa macam okay je. Nak kata makan tak teratur, terlebih makan pun ada. Nak kata tak cukup rehat, aku takda benda pun nak buat. Even banyak giler buah tangan lecturer aku bagi. Entahlah. Aku musykil. Sakit bila bukak mata, nak bangun berdiri. Rasa macam nak pengsan pun ada. Badan rasa macam tak sedap. Kenapa ek?

Esok ada sesi photography pukul 12. Kene berbaju kurung. Adehh ini yang leceh. Sebab aku hanya suka berbaju kurung untuk hari Isnin sahaja. Untuk hari lain, aku sebolehnya tak ingin berbaju kurung. Lagi lagi semestar ini. Kelas semua kat atas gunung. Tak larat berpanasan dengan memakai baju kurung. Lagipun aku cuma bawak enam pasang baju kurung sahaja. Semua buruk. Boleh tak kalau aku lari dari ikut sesi tu? Tapi macam sayang pulak. Sebab ini semestar terakhir. Jadi aku terpaksa ikut. Duit aku pun terpaksa keluar. Damn! hahahaha.


*Aku lebih selesa dengan gaya Yuna. Dan aku lebih ayu dengan gaya Ana Raffali. hahahaha*

No comments:

SEHATI BERDANSA