TABUNG SAKURA

Thursday, January 20, 2011

Masa Depan Penentu Segala

Permohonan kemasukan ke ijazah untuk UPU dah pun dibuka. Macam cepat je masa berlalu. Macam je lagi aku apply UPU untuk masuk university. Di university tak menjamin kecemerlangan seperti di sekolah. University dan sekolah adalah dua benda yang berbeza. Tak semesti orang yang cemerlang di sekolah mampu teruskan kecemerlangan di peringkat university.

Aku paling tak suka apabila ada orang yang mencampuri urusan masa depan orang lain dengan sesuka hati. Masa depan seseorang biarlah dia sendiri yang tentukan. Jangan sesekali paksa apa benda yang orang lain tak suka. Bagi dia buat keputusan dia sendiri. Keputusan dia tanggungjawab dia. Orang lain cuma layak beri pendapat bukan memaksa.

Sebut pasal permohonan ke ijazah. Aku jadi takut. Aku masih keliru. Aku masih belum jelas ke mana arah tuju aku selepas ini. Diploma aku akan tamat. Umur semakin meningkat. Tanggungjawab semakin besar. Beban hidup semakin berat. Aku tak tahu bidang mana yang bersesuai untuk aku corakan masa depan aku. Mama menyarankan aku ambik Human Resource. Abah bagi kepercayaan untuk aku pilih sendiri bidang aku. Dan aku dapat rasa yang abah suka kalau aku memilih profession perguruan. Tapi aku sedar diri. Aku tak layak. Mana aku layak nak berdamping dengan para pelajar yang semakin hari semakin bijak.

Untuk permohonan ke ijazah nanti aku akan diberi 4 pilihan. Dan aku kene memilih pilihan aku dengan bijak. Aku tak mampu memilih permohonan UPU. Hajat untuk ke UTM pun aku terpaksa padamkan. Aku masih belum layak dan belum mampu bersaing dengan kaum lain. Aku masih tak mampu untuk melawan kerajinan dan kepintaran mereka. Aku masih berkira kira mahu memilih course yang sesuai untuk aku. Mungkin ke aku ada ciri untuk menjadi Marketing Executive? Atau layak ke aku untuk jadi Finance Executive? Boleh ke aku jadi HR Executive yang berjaya? Entahlah. Aku masih tak tahu.


*Aku mahu miliki perniagaan aku sendiri. Itu impian aku.*

No comments:

SEHATI BERDANSA