TABUNG SAKURA

Tuesday, January 4, 2011

Zam Zam Ala Kazam

Hari ini baru masuk hari kedua kuliah. Kaki aku dah melecet teruk giler. Macam budak part one je. Macam baru lepas minggu orientasi. Minggu Mesra Siswa. Bukan main banyak lagi tempat yang melecet. Sakit kepala otak aku menahan sakit.

Aku attend semua kelas. Maklumlah aku kan pelajar nerd. Attend kelas adalah wajib untuk aku. Aku sangat bersemangat waja even abah tak tinggal waja dia untuk aku. Walau kelas aku tinggi mengunung di atas awan diselimuti kabus tebal ala ala di puncak Gunung Ledang, aku tetap merajinkan diri untuk mendaki. Terima kasih kepada encik, encik, puan, puan yang mengaturkan jadual untuk kelas aku. Aku yakin semua budak sekelas aku sangat suka. Suka sesat sesat. Suka cari cari. Suka jadi macam budak part one jalan dalam kumpulan.

Semestar ini aku janji. Aku nak elak untuk mengumpat para para lecturer sekalian. Percaya atau tak yang aku dah dapat nikmat bila aku tak mengumpat lecturer. Even taklah dapat keputusan yang cemerlang tapi aku still pass the paper. Memang bukan matlamat nak pass sebetulnya. Tapi daripada kene ulang dan membazir masa, lebih baik pass bukan?

Semakin hari semakin cuba menanamkan rasa pada lecturer lecturer. Bak kata orang, sayang sayang untuk kepentingan masa depan itu perlu. Harus la. Aku kan mahu graduasi. Doakan aku okay.

No comments:

SEHATI BERDANSA