TABUNG SAKURA

Saturday, February 5, 2011

Cerita Basi

Ini cerita sebelum aku ditempa ujian Tuhan di rumah. Agak basi sebab benda dah terlalu lama. Maaf sebab aku tak punya masa untuk bercerita. Mungkin tak perlu maaf aku ucapkan. Yelah siapa sajalah yang mahu membaca blog ini. Tapi takpe. Sekadar melakar kenangan itu tak salah kan??


Sebelum cuti midsem ini aku sebenarnya ditahan di kampus tercinta. Jadi tahanan sementara. Bukan sebab banjir apatah lagi sebab ada kelas. Semua gara gara trip yang berharga RM19 dan markah 10 percent untuk subjek Enterpreneurship. Kalau sebelum ini aku ada bagitahu yang aku akan ke negeri Terengganu kan? Tapi faktor cuaca tak mengizinkan aku dan budak budak course ke sana. Aku memang berharap sungguh trip tu dibatalkan. Tapi angan angan tak jadi kenyataan. Tak apalah.

Aku kemana? Ke sebuah daerah kecil di Johor juga. Pagoh. Mungkin ada yang takpernah tahu akan wujudnya kawasan ini. Untuk aku, aku pergi sekadar memuaskan hati pensyarah aku. Nampak dia sangat bersungguh sungguh untuk kesana. Rasa bersalah pulak kalau sebagai student dia tak tunaikan. Kami ke Nasuha Herbs. Satu satunya perusahaan terbesar herba di Malaysia. Berkenalan dengan pemilik ladang herba mungkin bagi aku tiada apa yang menarik. Apa ada dengan herba kan? Mungkin aku bukan dilahirkan sebagai pewaris herba herba.

Pengalaman? Entahlah. Kalau ditanya tentang apa pengalaman yang terbaik untuk aku ceritakan mungkin jawapan aku ringkas. Pengalaman bermandi hujan time naik train lori bersama kawan kawan itu menarik. Sebelum naik muka dihiasi senyuman untuk melihat apa yang ada diatas bukit. Tapi bila terpaksa menempuh hujan dalam perjalanan, muka masing masing kelihatan sangat redha dengan kebasahan. Hahaha. Sangat challenging bukan? Walaupun masing masing tak suka diselimuti pakaian yang basah kuyup tahap mandi laut, tapi aku percaya mungkin itu pengalaman yang paling manis. Secara logiknya memang tak berbaloi bayar RM19 untuk menikmati air hujan. Tapi aku dapat rasa keseronokan itu.

Makanan? Nama pun datang ke tempat yang dipenuhi pelbagai jenis herba, sudah tentu kami bermandikan segala macam juadah berasaskan herba. Untuk breakfast kami dijamu dengan mihun yang mungkin dicampurkan sayur herba dan juga karipap bersama dengan pelbagai jenis teh herba. Apa rasa teh herba? Dah tentu sangat tak sedap. Aku cuma dapat minum setitik teh herba saja. Maafkan aku ye tuan pemilik herba. Aku bukan dilahirkan sebagai pemakan herba sejati. Hahaha. Makan tengahhari pulak, Nasi Beriayani Ayam Herba dan teh herba. Lihat dan dengar namanya saja pasti semua orang kata hebat. Untuk aku, tak hebat langsung. Tak ada apa yang menarik. Makan nasi ayam di pasar malam itu adalah jauh lebih sedap kalau nak dibandingkan dengan menu itu. Minum petang pulak sekadar makan mee goreng bersama kek dan turut juga teh herba. Nampak bukan yang kami semua dimandikan dengan masakan herba sepanjang hari. Dan aku bersyukur sebab kami tak perlu bermalam disana. Kalau bermalam, entah apa pulak menu untuk makan malam. Tak sanggup aku bayangkan.

Konklusi? Mungkin trip ini tak ada yang menarik pada keseluruhannya. Tak ada yang istimewa dimata aku atau kawan kawan. Mungkin ada diantara kami menganggap trip ini sia sia dan membazir duit. Aku tak nafikan itu. Tapi untuk aku, cukuplah sekadar memuaskan hati pensyarah aku. Dan aku akan pastikan yang aku dan kawan kawan yang kebasahan dalam hujan mendapat gred yang baik untuk subjek ini. Itu janji pensyarah kami atas kekuyupan hari itu. Kami pasti tuntut! Hahahaha.

No comments:

SEHATI BERDANSA