TABUNG SAKURA

Saturday, February 5, 2011

Pengalaman Pertama

Dah 3 tahun aku merantau. Tak jauh. Cuma di bumi Johor saja. Jauh berjalan, banyak pengalaman yang aku timba. Penat, lelah, sakit, jatuh semua aku rasa. Kali pertama balik naik train setelah 3 tahun belajar disini. Pada mulanya sangat berdebar. Yelah first time. Tapi tak cuba, tak tahu kan? Dah cuba baru tahu.


Bertemankan kawan kawan sekelas seramai sembilan orang satu benda yang sangat menyeronokan. Sembilan orang mungkin angka yang sangat kecil. Tapi angka itu cukup besar untuk menunggu train sekitar jam 2.45pagi. Tengah tengah pagi buta kami bergembira untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Kenapa aku memilih train bukannya bas? Sebabnya cuma satu, rasa tak sabar nak balik mendorong aku nekad memilih train. Mungkin juga melihat keadaan bilik dan kolej yang kosong seolah olah mengalau aku menyebabkan aku semakin nekad.

Hujan? Aku rasa sepanjang hari meniti hari hari terakhir dibumi kampus, aku bermandikan hujan. Hujan. Hujan. Hujan. Tanpa henti. Sangat lebat. Air sungai seakan memberitahu yang bumi Johor bakal dibanjiri air. Dan aku bersyukur sebab aku memilih train walhal aku berdepan dengan risiko yang tinggi. Teringat aku dimana ada train yang tergelincir dari landasan di Gemas semester lepas. Cuak memang cuak. Tapi kene kuatkan hatikan?

Banjir? Masa dalam perjalanan ke stesen keretapi memang banyak rumah yang dah selamat di tenggelami air. Kawasan rendah terutamanya. Habis. Kesian. Melihat sungai, aku yakin yang bumi ini tak akan bertahan lama sebab sungai sudah tak mampu menanggung air yang banyak. Alhamdulilah sebab aku tak terperangkap dalam banjir. Mungkin kalau aku terlambat sedikit, aku mungkin terperangkap. Bandar yang serba kekurangan itu sekarang lumpuh. Lumpuh disebabkan banjir.

Rupanya menaiki train adalah satu benda yang seronok. Walaupun space tak sebesar bas, namun ia tetap mampu menidurkan mata ini. Tapi bila teringatkan bunyi dengkuran yang kuat, yang mengejutkan aku, aku rasa sangat kelakar. Aku rasa nak ketawa bila tersedar dengan bunyi dengkuran itu. Serius memang rasa nak hempuk nyoya itu. Ingat dia sorang je yang bayar tiket ke hah. Aku pun bayar gak tau. Nasib murah lagi dari tiket bas. Muahahahahahaha.

Pengalaman berjalan kaki dari stesen ke MC Donald jugak menyeronokan. Yelah. Mana ada anak anak dara pakai baju lawa lawa, bershawl bagai bagai berjalan kaki selewat pukul 10.30 malam di bandar kecil itu. Mungkin kerana rasa lapar, itu yang mendorong kami, anak anak dara, berjalan sejauh itu. Mungkin sudah tertulis yang kami perlu bermandikan air air takungan hujan untuk sepanjang hari itu. Yelah bila jalan berlopak, air bertakung dan kereta bergerak tanpa sedikit berkira kira samaada kami terkene tempias air atau tidak. Apa yang mampu kami lakukan hanya sekadar menjerit sambil meluahkan kegeraman. Hahahaha. Sangat kelakar bila teringatkan waktu itu.

Mengabiskan sisa sisa baki masa yang ada dengan melayan kawan kawan sambil masing masing takut melihat seorang makcik yang kurang siuman. Ala ala macam takut polislah macam tu. Hahahahaha. Mungkin polis mampu bertindak dengan akal yang waras, tapi makcik ini tiada siapa yang dapat menduga.

Pengalaman ini sangat seronok dan sangat manis untuk aku. Untuk tahun yang terakhir ini.

No comments:

SEHATI BERDANSA