TABUNG SAKURA

Friday, February 11, 2011

Dari Sudut Paling Dalam, Dalam Hati

Actually, banyak sangat story yang nak tuliskan. Banyak benda yang dah pun aku tuliskan sepanjang aku tak online hampir seminggu ni. Macam macam benda jadi. Tapi aku rasa benda ini paling penting. So aku decide untuk tulis benda sebelum broadband aku mogok untuk kesekian kalinya dan akan menyebabkan aku menyumpah untuk kali yang seterusnya. Jadi biarkan kisah ini aku tulis. Sekurang kurangnya kuranglah sikit rasa bersalah aku.

Tarikh itu dah berlalu. Alhamdulilah. Sebenarnya aku terlupa tentang tarikh itu. Aku sedar mengingati bulannya saja. Tapi sebaik saja aku menjejakan kaki dalam kampus hari ahad lepas, hati aku seolah olah rasa yang sesuatu. Sesuatu yang aku lupa. Aku cuba mengingat. Tapi aku seakan was was. Dan aku cuba mencari kebenaran. Alhamdulilah. Aku jumpa sesuatu itu.

Entry ini aku potretkan untuk seseorang yang secara tak sengaja yang hidupnya aku masuki.

Untuk awak. Saya tak tahu sama ada awak masih membaca blog saya ini atau tidak. Tapi saya yakin awak ada di sini. Tahniah awak. Sebenarnya saya cadang nak ucap tahniah kat awak secara direct. Tapi bila fikirkan kebahagian awak, saya tahu. Saya tak ada hak untuk mengacaunya. Dan saya tahu awak tak izini saya merosakkan hari bahagia itu kan. Saat saya tahu awak dah punya orang lain,saya rasa sangat bersyukur. Entahlah. Saya tak tahu. Apa yang saya tahu saya bersyukur sebab awak terlepas. Saat awak bertunang dulu, saya manusia yang paling shock. Tapi melihat senyuman itu. Saya tahu awak bahagia. Dan awak masih berbahagia sehingga saat inikan? Alhamdulilah. Awak, saya tak tahu jauh mana, sedalam mana bencinya awak pada saya. Tapi melihat senyuman bahagia awak, saya tahu saya ada menyumbang kebahagiaan awak tanpa saya dan awak sedar. Ya mungkin sebab jodoh. Saya menjadi penyebab untuk semua kejadian ini. Benar kata awak dulu. Kehadiran saya tepat pada waktunya tapi salah pada masanya. Mungkin masih ada lagi dosa yang belum awak maafi saya. Saya sedar. Saya juga perempuan. Dan kalau saya jadi awak, saya yakin saya akan bertindak seperti awak atau lebih lagi.

Untuk awak. Selamat pengantin baru. Semoga kegembiraan, kebahagiaan dan senyuman itu terus jadi milik awak. Tolong jangan biarkan air mata awak menitis lagi sebab kesedihan. Saya akan rasa bersalah untuk air mata itu. Awak sangat cantik. Awak tampak hebat. Terserlah kejelitaan awak. Saya yakin kesedihan awak terbalas dengan senyuman kebahagian ini kan? Alhamdulilah. Semoga selepas ini awak terus bahagia. Bahagia ke akhir hayat. Awak wanita hebat. Saya kagum. Tahniah.

Yang ringkas untuk si suaminya. Awak bertuah sebab memiliki dia. Jangan buat dia menangis. Dia wanita yang hebat. Semoga bahagia. Tahniah.


Untuk anda yang tak mengerti apa yang aku tulis, apa yang luahkan ini, abaikan saja entry ini. Ia tiada kaitan dengan hidup kalian. Cuma aku semakin percaya bahawa setiap yang terjadi atas muka bumi ini ada hikmah tersendiri. Cuma terpulang pada kita, samaada kita sedar ataupun tidak. Yang penting kita jangan berputus harap. Berjalanlah. Yakinlah. Pasti dihadapan sana ada jalan yang mampu buat kita bahagia. Tuhan tak akan menguji hambanya dengan ujian yang tak mampu kita pikul. Yang penting kita bersabar dan bertahan. Mohon pertolongan dariNya.Dia sentiasa ada untuk kita. Semoga kebahagiaan menjadi milik kita semua. Mudah mudahan. Amin.

No comments:

SEHATI BERDANSA