TABUNG SAKURA

Tuesday, March 8, 2011

Gangguan Jiwa, Masalah Jiwa

Aku macam baru sedar dari satu mimpi. Mimpi yang panjang. Mimpi yang ngeri. Lena diulit satu mimpi yang membawa aku jauh sangat. Hanyut jauh.


Aku terfikir. Apa yang sebenarnya aku tangiskan? Apa sebenarnya yang aku sedihkan setiap hari? Apa sebenarnya yang menganggu aku? Apa benda sebenarnya yang menghalang aku untuk terus senyum? Apa sebenarnya yang membantut segala kegembiraan aku selama ni? Apa? Apa benda?

Cinta? Betul ke cinta? Betul ke itu yang membunuh jalan aku? Kenangan dulu tu ke sebenarnya yang menjadi batu penghalang aku harini? Kenapa aku terlalu taksub sangat dengan cinta manusia bergelar lelaki? Layak ke aku bercinta sedangkan diri aku sendiri tunggang terbalik? Layak ke aku nak bercinta? Siapa aku? Diri aku sendiri masih terkapai kapai memikul amanah keluarga. Tanggungjawab kepada keluarga aku belum selesai. Pelajaran aku pun masih tak tamat lagi. Mulut kedua orang tuaku masih belum mampu aku beri sesuap makanan. Aku masih belum mampu beri kebahagiaan untuk mereka. Masih belum mampu menyenangkan hati mereka. Masih belum bisa berbuat apa apa untuk mereka. Jadi layak ke aku? Layak ke aku mencari sebuah cinta yang tak bisa membawa apa apa? Layak ke aku nak menangis nagis seperti manusia yang tak punya iman sebegini? Layak ke aku?

Entahlah. Entah kenapa harini aku baru tersedar dari mimpi yang panjang. Panjang sungguh mimpi aku. Kenapa aku boleh terlalu lena dalam buai kenangan dulu? Bukan ke masa dah berlalu? Apa lagi yang nak aku tangis separuh mati? Tak mati kalau hidup tanpa cinta manusia bernama lelaki. Memang cinta satu fitrah. Bukan aku nak melanggar fitrah! Tapi siapa aku nak mempersoalkan kuasa Tuhan. Tuhan belum mahu aku punya cinta seorang lelaki melebihi cinta aku padaNya. Belum lagi. Tapi kenapa aku perlu menangis semua yang bukan jadi miliku? Kenapa?

Ya Allah. Apa sebenarnya ni? Apa sebenarnya yang dah aku lakukan sepanjang hidup aku? Semua perkara sia sia. Kenapa aku tak sedar? Kenapa aku terlalu lena di ulit mimpi yang palsu? Kenapa baru sekarang aku rasa menyesal? Ya Allah. Ampunkan aku. Aku terlalu taksub mengejar cinta yang belum pasti melebihi cinta aku padaMu. Ampunkan hambaMu ini, ya Allah.

Ya Allah. Aku dah terlalu lama terhanyut. Hanyut jauh. Jauh dalam kemewahan duniaMu. Aku terlalu mengejar sesuatu yang memang bukan milik aku. Ya Allah. Aku lupa. Aku lupa pada kekekuasaanMu. Aku lupa siapa aku. Aku lupa bahawa aku milik Kau. Aku hanya seorang hamba. Hamba yang tak sedar dengan segala yang telah Kau berikan. Aku terlalu leka. Leka dengan dunia. Ampunkan aku, Ya Tuhan. Ampunkan hambaMu ini yang tak sedar dengan segala nikmatMu. Aku terlalu banyak merungut dengan apa yang aku lalui. Aku terlupa bahawa sesungguhnya ada lagi hambaMu yang derita dari kekecewa aku yang dulu itu. Ya Allah. Ya Allah. Ampunkan aku. Aku hanyut dengan dunia yang aku cipta dalam dunia yang Kau ciptakan. Ampunkan aku. Ampunkan aku.

Aku buta, Ya Allah. Ya Allah, aku tuli. Aku pekak. Aku bisu. Aku tak mampu mengawal nafsu aku. Ampunkan aku. Bukankah aku perlu mendamba cinta padaMu sebelum aku menyerahkan cinta untuk seorang lelaki. Bodohnya. Akulah hambaMu yang bodoh. Bodoh! Sungguh bodoh kerana terlalu terpesona dengan cinta yang tak memberi sebarang jaminan kepada aku. Ampunkan aku. Maafkan aku. Ampunkan aku.

Bangun wahai hati. Sedar wahai diri. Celikkan matamu. Bukakan mindamu. Semua yang dah berlalu. Dan semua ini hanya sebuah kenangan. Kenangan yang patut mati. Mati ditelan bumi. Bukan ke hidup ini lebih indah kalau kau lalui dengan sebuah kegembiraan. Kesederhanaan dalam kegembiraan. Kesederhanaan dalam meraih sebuat kehidupan. Untuk sebuah kehidupan yang abadi di akhirat. Melangkahlah kaki. Berjalanlah. Berlarilah. Dah terlalu lama sungguh kau terperangkap,lumpuh dalam penjara yang kau cipta sendiri. Jangan biarkan masa berlalu dengan keadaan kau yang terlalu hina di depan Tuhanmu. Di depan Penciptamu. Segalanya terletak pada kau. Berubahlah demi sebuah cinta yang sejati. Cinta Tuhan. Carilah cinta Tuhan. Isilah kekosongan hati,minda dan jiwamu dengan cinta dari Tuhan. Carilah cinta Tuhan. Tuhan yang Maha Agung. Maha Berkuasa.

*Monolog dalaman dalam diri. Aku perlu mencari. Mencari cinta yang paling Agung. Cinta Tuhan. Maafkan aku sebab terlalu leka dengan semua yang terjadi sebelum ini. Maafkan aku. Aku rasa aku mengalami satu gangguan. Gangguan jiwa.*

2 comments:

beautiful_rose said...

wuduk,solat dan baca quran
insyallah jiwa tenang.
kadang2 mungkin itu hanya bisikkan yang sengaja nak melalaikan kita....

Bukan Cinderella said...

thanks awak..mudah2an jiwa ini semakin tenang..

SEHATI BERDANSA