TABUNG SAKURA

Saturday, December 10, 2011

Aku Pun Bukan Baik

Assalamualaikum.

Tak faham. Aku tak mengerti. Aku tak pasti. Aku tahu? Baik sangat ke aku ini? Mana kebaikan aku?

Jujur aku kata aku bukan manusia sebaik yang orang lihat. Aku bukan sebaik manusia yang orang nampak. Aku bukan sebagus manusia yang orang perkatakan. Aku jahat. Aku hina. Bila aku cakap aku jahat, aku hina kenapa masih ramai yang persoalkan?

Aku tahu lebih. Aku tahu tentang segalanya. Aku tahu semuany tentang diri aku. Aku adalah diri aku sebelum sempat siapa siapa mengenali aku. Jadi kenapa ada yang persoalkan tentang kejahatan aku?

Tolong dengar. Tolong percaya. Tolong mengerti.


Aku perempuan jahat. Aku sanggup lakukan apa saja bila aku sayangkan seseorang. Bila aku rasa di tipu. Bila aku rasa di khianati. Aku akan tinggalkan semua. Aku akan mulakan hidup aku dengan sejuta topeng kebaikan. Keji bukan? Ya. Aku manusia keji. Sangat. Aku pernah buat maksiat bukan dengan manusia yang halal untuk aku.

Aku keji. Aku hina. Aku belajar. Aku belajar tinggalkan dosa. Aku belajar tinggalkan kesakitan. Aku belajar bangun dari kejatuhan. Aku bukan perempuan yang baik. Baik seperti orang katakan. Maafkan aku. Aku bukan perempuan suci. Sesuci perempuan lain.

2 comments:

Pembunuh Tanpa Bayang said...

setiap dari kita melakukan kesilapan.dan terpulang buat kita mahu mengikut yang baik mahu pun yang buruk.pilihan di tangan kita.andai mahukan yang baik,pasti di beri jalan dari Tuhan.

moga yang baik buat kamu.rasa sakit hati itu pasti,jalani dengan tabah kuatkan hati.

Bukan Cinderella said...

@Pembunuh Tanpa Bayang: mudah mudahan. Amin

SEHATI BERDANSA