TABUNG SAKURA

Wednesday, April 21, 2010

Please Jangan Ada Yang Menangis

Aku tak tahu nak tulis benda ini macam mana.Tapi aku kena tulis juga sebagai melepaskan satu bebanan dalam diri.Sebelum itu,aku harap sangat apa yang bakal aku tulis ini tak akan ada siapa yang bakal menitiskan airmata.Please jangan menangis untuk aku.Aku tahu benda ini akan menjadi satu kejutan buat semua especially kawan kawan baik aku.Sebelum itu aku nak minta maaf kerana merahsiakan perkara ini.

Aku break off again. Memang pada mulanya aku yakin yang aku tak mampu terima H dalam hidup aku lagi. Tapi orang kata yang aku tipu. Aku mungkin terlalu bahagia hidup dalam kenangan lama. Ramai teman menasihatkan aku agar cuba untuk menyayangi H sebab H tak pernah berputus asa datang mendekati aku. Jadi aku sahut kata kata mereka untuk mencuba menyayangi H.Aku kembali pada H.

Pada mulanya amat susah untuk aku pupuk atau wujudkan rasa sayang ini. Tapi aku paksa juga sebab abang angkat aku pernah pesan pada aku,"tipulah kalau ayang cakap yang hati ayang dah mati untuk bercinta. Cinta itu fitrah manusia. Semua orang nak merasai cinta. Jangan bohong hati ayang dengan cakap perasaan ayang dah mati." Kawan baik aku pernah cakap dengan aku,"takkan tak sikit pun rasa sayang ko kat dia,za. Cubalah za."

Mungkin benar kata kata mereka. Justeru itu aku kembali pada H tanpa pengetahuan sesiapa. Aku cuba dan terus cuba. Namun bila rasa sayang sudah mula menjengah dalam hati, aku dikhianati oleh H. Malam tadi H membuat satu pengakuan bahawa dia ada orang lain selain aku. Tersentak aku seketika.

Mana lagi nak aku tujukan rasa sedih, kecewa dan marah ini. Saat tak sampai 24 jam untuk aku melangkah ke dewan peperiksaan akhir, aku terpaksa berdepan dengan kenyataan yang amat memeritkan. Kenapa aku terus diamuk malang ketika Final Exam. Tuhan berikan aku petunjuk Mu. Kuatkan aku wahai Tuhanku.

Mana lagi hendak aku gapai kekuatan. Aku hilang disaat aku tak mahu kehilangan. Maafkan aku wahai kawan kawan. Aku gagal lagi. Aku gagal buat sekian kali. Aku sudah mencuba yang terbaik namun aku terus dikhianati. Mungkin ada benar kata seorang lagi teman baik aku,"kalau ada jodoh aku ada la za..Kalau tidak aku redha dengan ketentuan Tuhan. Kalau memang Tuhan dah takdirkan aku berjodoh,sampai masanya aku ketemu juga jodoh aku. Aku dah malas nak cari lagi. Biarlah jodoh itu datang sendiri kepada aku.."

Dan kali ini aku percaya akan kata kata itu. Aku percaya dengan jodoh yang telah Allah tentukan untukku. Biarlah kali ini jodoh datang kepada tanpa aku carinya lagi.

Buat semua kawan baik aku,aku minta maaf sangat sangat sebab rahsiakan benda ini. Malam tadi aku mesej korang dengan icon cry sebab aku sangat sangat sedih tapi aku taknak menyusahkan korang. Dan sebab itu juga aku  tak boleh terima sesiapa sebelum ini sebab aku terikat dengan H. Aku harap semua orang faham.

Please jangan cry if sesiapa baca ini. Ini salah aku.

2 comments:

Tfaaaaaa said...

ishhhh! cakap single!ishhhh

:D

dah dah..xpayah nangis.buruk ah.ko tengok je tweety sebelah ni..mesti ko senyum nanti.

xpon ko bace entri crush aku tu juta juta kali..mesti ko xkan habis senyum sampai minggu depan.hahahah

final wehhh!!pedulikan mangkuk yang dah tak sayang ko okayy

Bukan Cinderella said...

couple dalam senyap laaaa...xde orang tahu..huhu

ko kene buat aku gelak biar final aku success taw!!

SEHATI BERDANSA