TABUNG SAKURA

Sunday, July 11, 2010

1001 Bermain Dalam Otak

Badan sangat lesu. Mata sangat mengantuk even tidur dah terlebih cukup. Perut yang agak lapar tapi untuk kurus aku sanggup bertahan. Otak yang serabut sebab macam macam benda aku fikirkan. Bilik yang bersepah even aku dah kemas, lantaklah.Tak larat aku nak kemas kalau bukan aku yang menyepah. Hati yang sayu sebab macam macam yang aku nak tahu jawapan. Aku tak suka diri aku jadi macam ni. Jadi orang yang paling bermasalah dikalangan orang yang bermasalah.

Aku tak tahu apa yang patut aku buat. Macam macam bayangan yang aku dapat. Ini bukan macam cerita Illusi kat Tv3 tu. Tapi entahlah aku tak tahu. Otak aku jadi macam tak boleh berfungsi untuk fikirkan masalah masalah ni. Makin aku fikir makin banyak masalah aku. Kalau aku tak fikir masalah masalah ini terus belenggu diri aku. Aku perlukan someone untuk faham aku. Tapi semua orang ada problem masing masing so takkan aku nak menyusahkan orang lain dengan segala masalah aku.

Ya Allah. Kau yang aku sayang dan ku cinta. Kuatkan aku hadapi semua ujian Mu ini. Tabahkan aku hadapi ujian yang Kau berikan. Aku tahu yang Kau takkan menguji hamba Mu tanpa sebab. Aku percaya yang Kau sayangkan hamba Mu ini. Dan aku tahu yang aku mampu hadapi dugaan Mu. Kuatkan aku,tabahkanlah aku. Amiin.

2 comments:

misz beauty said...

u can share the story wif me dear... i'm here to be ur listening fren... ;-)

neway salam perkenalan n thanx fer dropin at my page..;-)

sakura lover's said...

thanks sis!

SEHATI BERDANSA