TABUNG SAKURA

Saturday, July 10, 2010

Anyway Happy Birthday


Patutlah otak aku taknak tidur waktu ni. Bukan sebab aku merancang tapi entahlah. Aku tak ingat pun sekarang dah masuk 10 July. Tarikh yang waktu dulu sangat indah tapi sekarang sangat pahit sampai aku susah nak lupa. Kalau boleh aku taknak ingat. Tapi nak buat macam mana sekali pun benda tu tak boleh nak lari. Mungkin badan boleh aku larikan tapi naluri? Okay takpelah. Yang penting aku usaha,usaha,usaha dan terus usaha untuk melupakan semua ini.

Anyway aku tetap nak wish a very Happy Birthday untuk insan yang sengal + jahat + pembohong + ego setinggi Gunung Everest + mulut manis macam tauke kilang gula + lupa daratan dan itu semua buat aku tak suka. Tapi aku still tak dapat lupakan dia. Semua tu bermain lagi dalam diri aku. Untuk kesekian tahunnya.

Awak,selamat hari ulangtahun yang ke 24. Semoga hidup awak dirahmati, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipercepatkan jodoh. Tak sabar saya nak dengar berita perkahwinan awak nanti. Saya tetap nak attend majlis awak even awak tak jemput. Takpe muka saya muka konkrit,so saya takdalah rasa malu. Banyak lagi yang saya nak tulis khas untuk awak tapi saya dah janji pada diri saya yang saya nk lupakan semua ini. Semoga awak dikelilingi kebahagian. Mungkin ada kebahagiaan dalam perpisahan.

*Still ada sesuatu yang bermain dalam kotak fikiran aku. Hati aku berbelah bagi. Ya Allah,ujian apa lagi untuk aku ni. Kuatkan aku dalam hadapi ujian ini.

2 comments:

misz beauty said...

life must go on dear.. when u said u cant forget it then u will not forget it... but if u keep telling dat u can do it!! then YES u can do it!!;-)

sakura lover's said...

thanks sis.. I think that i can forget him!!! I can do it!!!

SEHATI BERDANSA