TABUNG SAKURA

Tuesday, August 31, 2010

Bila Sana Sini Merdeka

Malaysia,today is your day. Selamat Hari Lahir yang ke 53 tahun. Proud be a part from you.

Actually aku tak celebrate pun hari lahir Malaysia ni. Patut ke aku di buang negara kalau tak sambut hari Kemerdekaan Malaysia ni? Bukan tak nak. Bukan tak teruja. Aku anak Malaysia. Semestinya aku bangga menjadi warga Malaysia. Tapi aku semakin tak bersemangat nak sambut atau at less nak tunggu malam merdeka. Bukan UITM tak buat countdown merdeka malam tadi. Bahkan lecturer. Ydp MPP, Azrin pun ada bagitahu aku. Bukan aku sorang dia bagitahu tapi ramailah yang dia bagitahu. Kebetulan aku ada. So kiranya dia bagitahu aku jugaklah tu.hehe. MPP buat countdown malam tadi. Siap berbunga bunga api segala. Berdentum dentum gak la aku dengar even aku tengah membuta waktu tu. Punyalah kuat bunyi dia.

Aku ulang lagi sekali. Aku tengah membuta. Membuta sama dengan tidur ye kawan kawan. Kurang ajar tak aku? Aku rasa aku tak kurang ajar. Sebab aku rasa aku yang paling baik. Sebab faham faham jelah. Malam merdeka ditambah dengan malam yang ke 21 Ramadhan. Kat UITM ni sama je dengan kat Dataran Merdeka ke Pavilion ke I City ke semua tempatlah. Semua sama je. Aku paling tak suka tengok orang yang bercouple couple ni. Couple tu boleh tak salah. Tapi yang salah bila buat ehem ehem tak kira tempat. Tak tengok kiri kanan pulak tu. Hello,ingat korang punya pakwe,makwe tu bagus sangat ke? Jaga adablah.

Kalau ye pun nak bermanja,nak berkasih sayang, nak tunjuk rasa cinta [nak muntah hijau aku tulis ni] tolong,tolong,tolong,tolong dan tolong jangan buatkan khayalak ramai. Serius benda benda tu buat aku muak dan nak muntah. Jaga adab timur la. Korang buta ke kat semua paper keluar pasal kes buang baby tu. Tak rasa bersalah ke? Mestilah korang tak rasa sebab bukan baby korang. Lagi best kalau korang bagi jawapan,kalau kitaorang punya baby kitaorang tak buang. Kitaorang jaga dia. Meh sini aku nak cakap. Just simple. Waklu!! Celah mana pulak korang nak jaga kalau anak tu anak yang kelahiran dia tak diiktiraf dan korang sanggup jaga. Dalam sejuta,aku rasa cuma sorang je yang buat benda tu. Tak sayang ke tengok darah daging sendiri dibuang, dibaham anjing. Senang hati ke korang nak hidup dengan perbuatan yang orang lain tak nampak tapi Tuhan Maha Melihat dan Dia nampak perbuatan korang tu? Tak rasa berdosa sepanjang hayat ke? Kebal sungguhlah kalau korang tak rasa apa apa.

So kesimpulannya [macam essay budak sekolah menengah la pulak], yang merdeka cuma negara atau lebih tepat cuma Malaysia. Just Malaysia yang merdeka. Sedangkan rakyat dalam Malaysia tu sendiri masih dijajah dengan pelbagai benda yang tak disedari. Malu rasanya nak mengaku Saya Warga Malaysia yang dah 53 tahun merdeka tapi Saya Belum Merdeka. So fikir fikir balik apa yang kita dah buat,tengah buat dan akan buat. Semua letak pada hati dan diri sendiri.

SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA YANG KE 53 TAHUN


*Suka dengar luahan,pengalaman dan bebelan Puan Hairani dalam kelas Human Resource. Sangat seronok. Cerita yang ringkas tapi ada isi yang tersendiri. Even kekadang muak jugak dengar. Dia sangat penuh dengan cerita dan gosip. hahaha*

2 comments:

misz beauty said...

yang ni sis setuju... malam kelmarin sis pegi lepak ngan kengkawan n hubby kat the curve je afta setel makan2 kat ss2... punye la heran sis tengok macam bukan bulan puasa je... ish ish ish... sedey betol... =( sis yg da kawen nih pun ilek2 je bejalan...

Bukan Cinderella said...

alaaa..satandard untuk remaja..tapi still sakit mata taw..rasa nak jalan sambil tutp mata je..hehe

SEHATI BERDANSA