TABUNG SAKURA

Sunday, August 29, 2010

Pesanan Untuk Si Comel

Wahai si penulis belog yang comel. Wahai si penulis belog yang menawan. Wahai si penulis belog yang sopan santun bagaikan perempuan melayu terakhir. Adakah kau tak sedar sedar diri yang kau ada one more test1 untuk minggu ni sebelum kau berambus pulang ke desa tercinta. Adakah kau banyak minum air manis yang ada semut sampai kau lupa. Adakah kau perasan yang kau tu pelajar Dean List. Adakah kau lupa yang kau tak pandai.

Wahai si penulis belog yang cantik lagi jelita. Wahai si penulis yang perasan kau model. Sila bukak buku kau sekarang. Kau jangan asyik fikir nak balik je. Kau jangan asyik ingat nak minum ribena je. Kau jangan ingat kau tu Dean List je. Dalam mimpi pun belum tentu kau dapat title tu. Kau bukan pelajar pintar yang boleh terima semua benda dengan cepat. So kau jangan nak berangan lagi. Sila study sebelum mama dan abah membebel. Kau mesti tak sanggup dengarkan??

Okay. Harap pesanan ni di terima oleh si comel + model perasan diri dia yang natural beauty. Doakan dia semoga dia dapat jawab paper 4 credit hour, Jumaat ni dengan cemerlang. Selangor 5 days to go. Miss u!!


Apa motif gambar ni,aku pon tak tahu. Lawa je aku tengok.hehehe

SEHATI BERDANSA