TABUNG SAKURA

Wednesday, September 1, 2010

Bila Mama Call

Tadi cuti sempena Merdeka. Aku bangun agak awal. Sebab aku tidur pun sangat awal malam sebelumnya. Budget nak pergi bilik bacaan depan library dengan Safira sebab nak study untuk test Jumaat ni. Tapi kawan aku tu bagi message tak boleh datang sebab ada hal. Aku pun okay jelah. Sebenarnya aku malas jugak. Kira bertuah dan bernasib baiklah.

Aku online sambil update update belog yang dah nampak comel sikit ni. Lepas tu aku buat assigment Organizational Behaviour a.k.a Gelagat Organisasi. Kelakar je bila lecture aku sebut nama subjek ni dalam Bahasa Melayu. Nampak macam gelagat raja lawak pulak. Tak official langsung. Nasib aku belajar dalam English,baru nampak macam gempak sikit.hehehe.

Aku memang standardlah kalau pakai handphone,silent memang dah sebati dengan hidup aku. Aku taktahu kenapa aku suka silent handphone. Walhal bukannya aku duduk dalam hospital ke,rumah mayat ke,masjid ke. Tapi aku tetap suka set handphone aku dalam silent mode. Sampai kawan aku berangin angin cakap,"awak,kalau awak silent,baik awak buang je handphone awak dalam tong sampah ke longkang ke bla bla bla.." Nak buat macam mana. Dah biasa. Dah jadi habits pun. Kalau pasang mode biasa sampai volume maximum tapi still tak dengar pun sama jugak. Baik buang jugak handphone tu dalam parit. Tu lagi pekak.

So bila Mama call tadi aku memang tak perasan walhal handphone aku je dekat dengan aku. Bila aku sedar,aku call Mama balik tapi Mama tak answer. So tunggu jelah Mama call balik sambil tidur tidur ayam. Tak lama lepas tu Mama call. Mama call semata nak tanya pasal serunding daging yang aku order kat Dilla. Punya teringin benar Mama dengan serunding Kelantan.[untuk Dilla: jat,kau memang kene belikan mak aku serunding ni wey. Dah banyak kali dia pesan. Kang kau kene duduk luar raya nih.hahahaa]. Dah tu Mama bagitahu kereta Abang aku dah sampai dan dah diguna dengan dia la.

Punyalah berlagak tahap cipanzi betul Abang aku sorang tu. Berlagak ingat kereta tu duit dia pulak. Siap dia balik nanti aku duduk sambil main main kereta baru kau tu. Kau jangan nak kerek. Aku tekan hon kuat kuat baru kau tahu. Mama kata nenek bising. Nenek bising lebih kurang macam ni,"Iwan dibelikan kereta. Karang si Azza nya bising tak dapat kereta pulak. Nanti karang bergaduh adik beradik." Mama aku dengan slumber badak jawab,"Eh,takkan nak belikan dua dua kereta. Ingat beli kereta dengan daun mangga ke?" Abah sampuk pulak,"Alaaa,Azza duitnya dah ada. Tunggulah dia habis belajar dulu."

Wah wah wah. Nampak tak apa yang nak buat aku gelak guling guling. Ternyata nenek aku sayang aku lebih. Alaa setakat kereta tu aku tak kisahlah. Aku bukannya nak sangat. If Abang aku tak bagi aku drive kereta dia takpelah. Buat apa nak gaduh gaduh. Tu jadi hak dia as a anak sulung. So kenapa aku nak jealous sangat. Nanti kalau aku ada duit,aku belilah. Aku pun taknak lah Mama dengan Abah berhabis untuk kitaorang. Belum tentu nanti kitaorang berhabis untuk Mama dengan Abah. Itu duit Mama dengan Abah kerja berpuluh tahun. Aku taknaklah minta lebih lebih.

Aku cuma minta kat Mama sebijik handphone je. Sebab handphone yang hadiah Abah time habis SPM tu dah rosak. Nak minta Blackberry macam melampau sangat je. Nantilah aku cari yang biasa biasa sikit je. Aku pun tak naklah  mintak yang canggih canggih sangat. Ke aku nak mintak mama benda lain. Nantilah bagi aku fikir dulu dalam tidur.

*Semoga aku dapat jumpa Malam Lailatu Qadar. Dah sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan. Cepatnya Ramadhan nak pergi. Tak puas rasanya. Tak tahu dapat lagi ke tak jumpa Ramadhan tahun depan.*

2 comments:

misz beauty said...

sayang... blackberry skang pun da murah... below rm1k da bley dpt... cume tak dpt lah bold 2... ehehehee ;-)

Bukan Cinderella said...

bukan yang bold tu cepat rosak??? alaaa tak tahu nak beli ape

SEHATI BERDANSA