TABUNG SAKURA

Thursday, October 14, 2010

Alhamdulilah Kemenangan Terserlah

Dulu aku pernah tulis. Cerita yang sangat menyentuh aku sebagai seorang student. Hari ni aku bangkit. Aku bangkit setelah aku dijatuhkan oleh kawan kawan sendiri. Ya,cerita satu semestar yang lepas. Semestar yang pada awalnya indah tetapi perit dikala menjelang penghujung.

Aku bukanlah manusia yang sempurna. Tak siapa tahu apa ada dalam hatiku. Tidak siapa tahu peritnya hidupku. Aku tak pinta dilahirkan begini. Tapi aku bersyukur atas segala yang berlaku dan akan berlaku. Kesusahan dan tangisan itu mematangkan aku. Alhamdulilah aku jadi lebih kuat. Mungkin aku tak sekuat badang,tapi aku bangga dengan pengalaman yang aku ada.

Dan hari ni,aku dapat rasa kemenangan atas tangisan dulu. Bukan kemenangan yang aku harapkan. Tapi aku cuma mahukan keadilan. Siapa yang benar,siapa yang bersalah. Alhamdulilah. Even aku tak diisytihar sebagai pemenang atau diarak sebagai sang juara,tapi aku berpuas hati. Aku pernah dibuang oleh kawan baik sendiri yang tak tahu kebenaran dan terikat dengan budi. Tapi hari ni dia kembali datang kepada aku. Aku betul betul bersyukur.

Cuma satu yang aku nak ingatkan. Aku sangat memudah memaafkan orang. Namun memaafkan tak bermakna aku melupakan. Memaafkan dan melupakan adalah dua perkataan yang berbeza maksudnya. Aku mudah memaafkan namun aku selalu gagal melupakan. Mungkin benar aku manusia yang ego. Terima kasih sebab melabelkan aku dengan perkataan itu.


*Wahai Puteri yang comel,bilakah anda mahu start membaca buku OB? Esok tuan puteri ada test sayang.*

No comments:

SEHATI BERDANSA