TABUNG SAKURA

Monday, October 4, 2010

Melalui Hari Yang Sibuk Dan Akan Ada Vacantion

Minggu ni sangat sibuk. Tinggal minggu ni dengan minggu depan je untuk study. Lepas tu ada study week seminggu macam tu dan exam final. Last last minute macam ni memang sangat tension. Banyak sangat assigment nak kene submit. Long semestar terasa macam short semestar je rasanya. Takpa takpa sikit lagi. Kene sabar. Jangan mengeluh.

Minggu ni aku busy. Busy dengan benda yang tak nampak busy. Esok ada seminar for HR. Lusa kemungkinan besar aku ada prensentation OB. Malamnya aku ada program kolej yang wajib untuk attend. Khamis akan ada presentation untuk OM. Saat orang lain yang sama course dengan aku kene jawab 2 test hari Jumaat,aku pulak kene pergi vacation kat Terengganu. Tengok betapa UITM sangat sayangkan kau. Orang lain duduk memerah otak tapi kau sedap pergi bercuti. Kau mesti nikmati percutian ni sepuasnya. Lama taw kau bercuti atas tiket UITM ni. 3 hari 2 malam. Kau buat ramai kawan kawan kau jelous.

Balik dari Terengganu,kau jangan nak bersuka ria sangat. Kau akan berdepan dengan 2 balance test yang kau tertinggal. Kau akan ada test MUET untuk speaking hari rabu. Malamnya kau kene jawab Test OM. Dan kene menghabiskan segala assigment yang bakal menjadi markah assessment untuk semestar ni.


*Tahniah Azza. Doa kau termakbul. Jadi kau kene busy minggu ni, lepas tu baru relax dan kemudian busy kembali. Semoga kau tahan. Sikit lagi. Senyum okay.*

SEHATI BERDANSA