TABUNG SAKURA

Monday, October 25, 2010

Musim Berpantang Tapi Pantang Ke

Tadi baru selamat sit untuk Final Operation Management. Perasaan? Entah. Dapat paper colour biru. Ni paper dari mana ek? Siapa tahu tolong bagitahu. Aku boleh jawab. Aku dah usaha untuk paper tu. Semoga aku akan dapat keputusan yang cemerlang. Tadahlah tangan doakan aku. Please semua.

Sejak nak mula final ni, aku mengakulah yang diet aku macam ke laut sikit. Mana taknya. Asyik mengadap buku siang malam. Otak asyik kene kerah. Mata kene tahan mengantuk. Takkan perut nak tahan lapar? Mana boleh tahan. Tergoda. Tapi aku still jagalah limit aku. Aku still hadkan kuantiti makanan aku. Taklah nanti orang kata aku angan angan taik ayam. Aku sangat mahu memakai baju yang lawa lawa. Lepas tu catwalk depan ehem ehem sambil buat muka yang sangat comel. Ala ala perempuan melayu tercantik gitu. Dapat tak gambaran tu? Teruja tak nak tengok aku macam tu? Aku tahu semua mesti tertunggu tunggu.[Baget kau persis model atau superstar ke hah comel?]

Ala kalau nak tunggu orang puji aku tunggu kucing bertanduklah. Time final ni aku nak makan seekor ikan setiap hari. Bunyi dah macam kucing je aku ni.hahahaha. Kucing pun kucinglah. Janji dapat makan ikan. Tapi masalah yang ada kat kampus aku dan kampus universiti lain ni sama je. Ikan itu macam hidup segan tapi mati taknak. Mana taknya. Makcik makcik yang jadi tukang masak tu,entah apa apa resepi entah yang dimasak. Lagi haru bila dia hidang tu, sampai kita tak boleh kenal tu ikan ape. Kalau tanya orang yang kira tu lagilah selamat,dia jawab "Ikanlah dik.Nak tahu ikan apa,try adik makan dulu. Nanti tahulah.". Nak je aku jawab, "Saya ambik dulu ikan ni. Kalau agak agak dah nak licin pinggan saya tapi saya still tak tahu ikan apa,mintak halallah bil makanan ni."

Ikan ada omega. Omega baik untuk otak. Jadi siapa nak makan diet yang sihat untuk tenang semasa menjawab exam,sila makan ikan banyak banyak.


*Terliur tengok lauk pauk kat blog aunty nani. Terus teringat mama. Serius aku terus teringin nak balik rumah. Tak sabar nak tunggu 14 haribulan. Mahu keluar dari hutan Segamat ni.*

No comments:

SEHATI BERDANSA