TABUNG SAKURA

Thursday, November 18, 2010

Hidup Kanak Kanak Yang Terindah

Assalamualaikum semua. Selamat Hari Raya Aidiladha,Selamat Hari Raya Korban,Selamat Hari Raya Haji,Selamat Hari Hari.hahahaha.Whateverlah korang nak panggil apa hari raya semalam. It just a name. Yang penting penghayatan erti pengorbanan yang sebenar. Jangan kita persoalkan berapa banyak yang telah kita korbankan untuk orang lain tapi fikirlah sejauh mana benda yang kita korbankan itu meninggalkan keinsafan dalam diri kita.

Semalam family aku dengan makcik,pakcik,atuk,nenek aku semua tak buat korban. Sebab nenek aku macam tak berapa sihat. So taknaklah menyusahkan nenek aku. Biasalah orang tua.Bila orang kata duduk,jangan buat kerja,jangan haraplah dia nak dengar kata. So Pak Ngah aku decide sumbang lembu kat area kawasan rumah dia saja. Jadi semalam takdalah aktiviti yang menarik sangat untuk aku. Just duduk duduk,makan makan dan shopping. hahahaha. Taklah shopping sakan mana. Kitaorang just pakat pakat pergi GM Klang. Aku just sambar sebijik handbag je.hahaha. Entah bila nak dipakai aku pun tak tahu.hahaha.

Bila hidup dikelilingi dengan sepupu sepapat yang kecik kecik rasa sangat bahagia. Semalam petang,adik adik sepupu sepapat aku sibuk menyanyi kat atas tangga ala ala stage.Menyanyi dan menarik sakan la. Time tu aku tak tengok. Yang tengok just Mama,Mak Usu dengan Mak Anjang aku. Time Pak Ngah aku sampai then lepak lepak,Mama aku cakaplah,"Sofia,Balkis,Alia menyanyilah depan Pak Ngah sana. Nanti Pak Ngah masukkan dalam  TV9 dengan Ceria". Semua duk tersipu malu. Lepas tu kata,takda stage. Nak nyanyi atas stage. Pak Ngah aku punya sporting pun ikut jelah cakap budak budak bertuah ni. Kat rumah pakcik aku yang depan rumah nenek aku tu ada tangga batu. So dia bertingkat tingkat nampaklah macam stage. So satu rumah ikut budak budak comel ni pergi stage tu. Siap sedia dengan kamera masing masing. Excited tau nak tengok persembahan terunggul ni. Kak Chik,kakak sepupu aku pun act konon konon macam Aznil. Memang sah budak budak ni dapat feel atas stage tu. Siap tunduk tunduk badan lagi. First song yang budak budak tu nyanyi lagu Twinkle Twinkle Litter Star. Siap dengan gaya gaya tangan lagi.hahahaha. Lagu tu sebenarnya dua round je. Tapi budak budak tu bawak tiga round. Mak usu aku ketawa sambil cakap,"hah,pulak dia nyanyi lagi.Kang tak habis habis.hahahaha"hahahahahaha.Memang tak menahan tengok budak budak ni. Lepas tu diaorang menyanyi lagu Wonder Girls.hahaha. Adik sepupu aku tu siap gelek gelek lagi. Memang berderai ketawa semua orang. Terus dia malu nak nyanyi and menari.hahahaha

Betapa happynya jadi kanak kanak. Tak payah nak fikir masalah dunia. Yang ada cuma dunia imaginasi dia. Zaman yang boleh buat macam macam benda. Zaman yang boleh jadi nakal nakal.hahaha. Yup aku rindu nak kembali kat masa tu. Kalaulah ada mesin pengundur masa,alangkah indahnya.hahaha.


*Apa mahu buat waktu cuti ni?Aku terbayang banyang something.hehe*

No comments:

SEHATI BERDANSA