TABUNG SAKURA

Saturday, January 1, 2011

2011

Hello blog. Actually aku nak update blog ni malam tadi. Tapi abang aku pulak guna berukband. So kalau aku tunggu turn lepas dia jawabnya tak tidur malam la aku. Kan tidur malam itu lebih menyihatkan daripada tidur pada waktu lain.

2010.
Dah selamat dengan maju jayanya meninggalkan aku. Banyak kenangan sepanjang 2010. Suka, duka, pahit, manis semua ada. Yang jatuh tentu paling banyak. Bukan aku la kalau hidupnya sentiasa naik je. Nak naik sangat pun tak boleh la.hahahahahaha

Azam 2010.
Aku ada letak azam ke tahun lepas. Azam nak kurus? Tercapai untuk jangka masa pendek. Okay aku mengaku aku kadang kadang jadi minah jenin sikit. hahahaha. Azam nak naik kan pointer? Hampeh. Tak tercapai langsung. Makin turun ada lah. Sabar jelah. Azam ape lagi ek? Entahlah aku tak ingat actually azam azam aku. Masalah terbesar, aku ada letak azam ke? hahahaha

2011.
Aku hope tahun ini bagi aku lebih semangat. Lebih keyakinan. Lebih aura aura yang positif. Orang kata aku kan orang yang yang berfikiran negatif. Jadi aku mahukan aura yang lebih positif untuk tahun ini.

Azam 2011.
Macam tak percaya je aku letak azam. hahahahahaha. Okay, okay serius!

1. Studies.
Aku sekarang akan masuk semestar akhir. Gua nak grad wooo. 3 tahun dah aku tunggu. Aku tak sabar dah nak grad. Doakan aku. Tak sabar, tak sabar. Semestar ini aku kene pulun habis habis. Kene fokus betul betul. Tak kan nak grad dengan class yang tak best. Mesti nak first class kan. Nampak macam tak kesampaian. Tapi kene cuba yang terbaik bukan? Doakan aku. Lepas grad je aku nak sambung degree. Nak belajar lagi pandai pandai. Nak pratikal betul betul. Then nak dapat kerja bagus bagus. Doakan aku. Senang cerita bak kata kawan sekampus aku. Grad on time, kerja on time, kahwin pun kene on time. Alamak terlebih sudeh! hahahahahaha.Time tu baru boleh menari nari sebab berjaya jadi manusia yang terbaik untuk diri sendiri.

2. Cintan cintun
Pehh. Ini lagi giler. Mana pernah orang letak azam cintan cintan. Okay okay. Aku azam taknak cintan cintan. Just nak kawan kawan je. Sebab aku kan dah azam nak belajar pandai pandai. Kalau aku cintan cintan, nanti aku leka. Kang aku takda feel nak study betul betul. Ada kaitan ke?? hahahaha. Aku kalau boleh nak cari Prince yang bukan dari kalangan kawan kawan. Sebab aku takut. Biasanya susah nak teruskan persahabatan kalau cintan cintun tu putus di tengah highway. hahahahaha. Pengalaman banyak ajar aku tentang itu. Inilah azam yang paling hampeh untuk tahun baru.hahahahahaa

3. Kawan
Aku azam nak kurangkan musuh. Okay sila percaya yang aku ramai musuh. Bak kata kawan kampus aku, "berapa ramai hah musuh kau dalam kampus ni hah? Semua dah jadi musuh kau ke?".hahahahaha. Statement kawan aku yang paling best. Okay aku boleh merangkul award sebagai pelajar paling ramai tak suka kat pelajar lain atas alasan yang entah apa apa.hahahahahaha. Okay serius!

Lagi satu aku berazam nak kurangkan kekecikan hati kawan kawan baik aku. Lately ini aku banyak gaduh. Gaduh ke? Tak kot. Mungkin cuma kekecikan hati je rasa nya. Untuk kawan kawan baik aku, Dila, Zeera, Fara. Kita semua terasa antara satu sama lain kan. Ke aku yang terasa sorang sorang. hahahahaha. Whateverlah. Yang penting terasa dan kecik hati. Aku tahu korang korang sekalian terasa hati dan jadi marah kat aku. Aku tahu. Aku buat korang semua marah. Aku tahu korang terasa dengan apa yang aku buat haritu. Kadang kadang ada benda yang aku buat, aku tak boleh nak explain sebabnya. Aku tahu korang semua sayang aku. Dan aku sedar korang semua banyak tolong aku. Mungkin ada kekeliruan atau salah faham dengan kata kata aku. Aku sangat teruk dalam menjaga kata kata yang lahir dari mulut. Untuk Zeera. Komen aku yang aritu aku tak tujukan atau maksudkan sesiapa. Aku maksudkan diri aku. Tak faham ek ayat tu. Ayat tu bermaksud, memang aku kalah dengan perasaan aku tapi takkan aku masih nak tipu diri sendiri dengan tengok profile dia even aku cakap aku dah lupakan dia. Sangat hipokrit aku rasa bila aku buat macam tu. Biar orang kata aku kalah tapi aku taknak lah bermuka talam bila aku mengaku aku dah lupakan tutt sedangkan hati aku dulu ada kat tuttt. Okay faham tak? Tak faham sila nyatakan yang mana masih tak jelas. Untuk yang privacy. fb. Tak tahulah ada yang perasan ke tak. Yang itu aku akan open untuk semua tak lama je lagi. Nanti aku tukar setting okay. Jangan risau. Tunggu je nanti. Untuk Fara. Aku kawan dengan kamu ikhlas. Biar apa orang kata, janji aku tahu apa dalam hati aku. Bak kata kawan aku, pedulikan apa orang kata. Janji niat kita Tuhan tahu.

Eh asal macam press conference pulak dah aku rasa ni. Dah macam artis dah aku rasa. hahahahahaha. Okay stop mood sedih sedih. Now kene happy.

4. Blog.
Aku janji aku terus berblog. Biarlah orang nak kata apa. Janji aku happy. Bak kata kawan blogger aku, "just stick pada satu reason kenapa kau berblog. Kalau memang blog kau heavy dengan perasaan kau, just do it. Its your own way. Jangan terlalu tunduk pada orang lain". Dah dua tahun aku berblog. Hampir tiga ratus plus plus entry. Macam macam komen yang aku terima. Macam macam benda aku kongsi. 2011, aku hope enrty entry aku lebih baik dari sebelum ini. Lagi satu pesanan sorang akak blogger yang comel tapi gile, "tolong jangan nak sedih sedih okay". Baik. Aku cuba tak buat sedih sedih.

5. Lain lain.
Yang lain lain masih sama. Cuma aku kene perbaiki mana yang teruk. Yang dah lapuk tu just ingat ingat sendiri sudah. Yang penting semoga aku jadi yang lebih baik.

Okay. Itu je yang dapat terkeluar daripada kepala otak aku yang serabut sekarang. Hopefully, anda anda semua jugak jadi manusia yang lebih baik. Sama samalah kita doakan kebaikan kita antara satu sama lain. Terima kasih 2010. At least aku jadi orang jugak untuk tahun 2010 yang lepas.hahahaha

2 comments:

CiK AiDa said...

salam ziarah..

semoga semua azam kamu tercapai and semoga 2011 akan bwa lebih byk kegembiraan...

best of luck for ur study!chaiyok!!!

sakura lover's said...

thank kamu. =)

SEHATI BERDANSA