TABUNG SAKURA

Monday, January 24, 2011

Melangkah

Semestar akhir. Semestar keenam. Besar sangat ke semestar ini? Tiga tahun aku tunggu. Tunggu untuk menamatkan langkah. Langkah terakhir. Langkah penamat.

Entahlah. Permohonan kemasukan ke ijazah sarjana muda ke UITM dah keluar. Tapi aku rasa nak menangis. Tiga tahun aku bermatian matian perjuangan diploma ini. Tapi aku tak nampak hasil yang membanggakan. Serius hati aku taknak tinggalkan diploma ini. Diploma tanpa dekan. Diploma kosong. Diploma tanpa bintang.

Aku tak salahkan sesiapa. Salah diri sendiri. Salah diri sebab pemalas. Salah diri sebab bodoh. Salah diri sebab tak cukup rajin. Salah diri sebab banyak mulut. Salah diri sebab selalu mengeluh. Semua salah diri aku. Natijahnya ini. Diploma dengan tangan kosong.

Aku masih tak nampak bayangan course untuk ke ijazah. Memang Fakulti aku ada lebih kurang sembilan course untuk ijazah. Entah kenapa, aku tak tahu mana yang terbaik. Terbaik untuk aku. Mampu ke aku jadi pelajar yang baik untuk dua tahun akan datang. Entahlah.

Aku mahu grad dengan ijazah berbintang. Aku mahu grad dengan diploma berbintang. Aku mahukan bintang. Bintang. Aku ke manusia yang tak layak berbintang.

Sekadar memetik kata kata blogger ternama, FL. Dalam hidup ini kita kene korbankan banyak benda untuk capai sesuatu. Nak ilmu tak sempat pakai cantik cantik. Nak cantik sentiasa, tak sempat nak kejar ilmu. Nak pandai kene study lebih,tapi eyebag pun bertimbun timbun. Taknak eyebag bertimbun kene tidur lebih tapi tak pandai. Nampak tak? Itulah kehidupan. Peduli kata orang. Yang penting kita tahu apa keutamaan kita. Entry terbaru FL, Muka tanpa make up memang selekeh tapi nak buat macam mana, memang dah tak natural beauty. Betul dia memang tak lawa. Berani buat pengakuan. Syabas!


*Semoga tak bermigrain malam ini. Doktor migrain aku jauh.*

No comments:

SEHATI BERDANSA