TABUNG SAKURA

Saturday, February 26, 2011

Kematangan

Aku baru berumur 21 tahun. Masih belum genap 21 tahun. Tapi aku berbangga kerana dalam usia aku sebegini aku dikelilingi oleh ramai manusia yang matang. Aku sendiri belajar kematangan itu dari pada mereka. Sungguh aku sangat menghargai pengalaman ini.


Dalam usia semuda aku, aku kagum melihat manusia sekeliling yang meniti hidup dengan kematangan melangkaui umur. Usia bukanlah satu halangan yang menentukan seseorang itu matang ataupun tidak. Matang itu terlalu susah untuk digambarkan.

Semestar ini aku mengenali seorang kakak yang usianya tua setahun daripada aku. Dalam usia semuda dia telah selamat mendirikan rumahtangga dan alhamdulilah telah selamat dikurniakan seorang anak. Kagum. Aku cukup kagum. Kagum kerana usia semuda itu dia sedaya upaya memenuhi impian ibubapa untuk menamatkan pengajian diploma sambil tidak mengabaikan tanggungjawab seorang isteri. Sanggup memikul dua tanggungjawab yang penting demi insan insan yang tersayang. Dia cuma seorang wanita yang kecil molek sama seperti mahasiswi lain di kampus. Namun daripada gaya dia, cara percakapan dia, aku nampak kematangan dia sebagai seorang ibu dalam usia yang begitu muda.

Aku juga mengenali seorang kakak yang usianya lebih menjangkau dari aku. Tapi entahlah. Aku masih tak nampak kematangan dia untuk usia dia. Aku cuba mencari. Tapi ternyata yang aku tak jumpa atau mungkin aku belum jumpa. Perangai keanak anakan dia terserlah. Sungguh.

Aku cuba memberi tekanan untuk melihat kematangan dia tanpa dia sedar.Dan aku berjaya. Aku berjaya membuktikan bahawa dia tidak mampu berdepan dengan tekanan sambil membuat sesuatu keputusan yang matang. Kejam ke aku? Mungkin. Mual jugak kalau berdepan dengan orang tua namun masih tak mampu berfikir dengan matang.

Aku? Aku tahu dan aku yakin aku masih belum matang sepenuhnya. Aku belum mampu menjadi manusia yang matang sebelum usia. Cukuplah aku cuba sedaya upaya menjadi manusia yang matang selari dengan usia. Kematangan bukan sesuatu benda yang mampu diukur. Ianya lahir dari sebuah pengalaman hidup yang tertulis dalam hidup seseorang manusia.

No comments:

SEHATI BERDANSA